Benteke Cipta Rekod Gol Paling Pantas Dalam Sejarah Kelayakan Piala Dunia


Rekod baru telah tercipta ketika Belgium menang besar menewaskan Gibraltar pada aksi Kelayakan Piala Dunia. Pemain Belgium, Christian Benteke mencipta rekod gol paling pantas dijaringkan dalam sejarah Kelayakan Piala Dunia pada saat ke 7 perlawanan.
Gol Benteke bermula dari kickoff  yang dilakukan oleh pemain Gibraltar yang kemudiannya melakukan “pass” ke arah rakannya tapi bola tersebut gagal disambut dengan baik sehingga membolehkan Benteke merebutnya.
Melakukan “solo run” hingga kotak penalti, Benteke melepaskan sepakan kaki kiri ke gawang gol Gibraltar untuk menewaskan Deren Ibrahim.
Gol yang dijaringkan oleh Benteke itu sudah cukup untuk memadam rekod lama 8.3 saat yang dilakukan pemain San Marino, Davide Gualtieri ketika aksi kelayakan Piala Dunia menentang England pada November 1993. 


Sumber dari FoxSports

0 comment... add one now