Apa Sebenarnya Benda Putih Di Jerawat Muka Anda?


Korang tahu tak? Siapa yang suka picit jerawat pasti perasan ada benda putih yang akan keluar setiap kali jerawat dipicit muka anda. Apa sebenarnya benda putih tu? Sekali sekala nampak seakan cacing kan. Adakah selepas dikeluarkan jerawat akan cepat sembuh? Mari baca selanjutnya...
Rembesan dari sebum : Jerawat
Benda putih tersebut adalah rembesan dari kalenjar sebum. Lemak yang dirembeskan dari kulit kebiasaanya bewarna putih dan rembesan berlebihan dari lemak akan menyebabkan pori - pori tersumbat lalu menjadi jerawat. 
Cecair putih yang keluar daripada kulit kita adalah minyak berlebihan serta bakteria.  Ia terbentuk kerana kalenjar sebum kulit anda merembeskan minyak secara berlebihan. 
Sebenarnya, ramai yang menyangka jerawat akan cepat pulih jika benda putih tersebut daripada jerawat tetapi ternyata jangkaan anda salah. Tahukah? Wajah manusia terdapat banyak pembuluh darah, dan jika cara picit dilakukan dengan teknik yang salah dia akan menyebabkan kuman mudah masuk, mudah terkena jangkitan sekali gus menyebabkan jerawat semakin teruk dan lebih teruk lagi meninggalkan kesan jerawat atau parut.

Cuba korang perasan kalau lepas picit akan terjadi apa pada wajah anda...

Kredit : Media Kesehatan

1 comment... add one now

Hani Fadhlina Abdul Rahman Hani Fadhlina Abdul Rahman Oktober 08, 2016
Nikmat betul kalau picit jerawat kuar bende putih tu ... Tapi baru tau tak elok rupe nyer ...