5 Kebaikan Daun Mangga Yang Kita Tak Pernah Tahu


Buah mangga kebiasaannya popular dijadikan colek buah. Memang sedap la kan kalau petang-petang macam ni makan colek buah. Tapi disebalik buah mangga tu, sebenarnya ada banyak kelebihan yang kita tidak tahu wujud di daunnya. Menerusi sumber dari forum CARI yang memetik petikan dari Boldsky.com, daun mangga mempunyai banyak kebaikan yang tidak disangkakan. Antaranya ialah:
1. Menurunkan tekanan darah tinggi - Petuanya ialah dengan mengamalkan minuman satu cawan teh daun mangga setiap hari agar pembuluh darah tetap sihat.
2. Mengatasi masalah diabetes - Teh daun mangga dah digunakan di Eropah untuk mengawal diabetes diperingkat awal supaya tidak menjadi lebih teruk.
3. Merawat sakit telinga - Air rebusan daun mangga boleh dititiskan ke telinga yang sering berasa sakit dan tidak selesa dan ianya boleh melegakan kesakitan tersebut.
4. Melancarkan masalah pernafasan - Untuk mereka yang sering mengalami masalah batuk dan asma mungkin boleh cuba petua air rebusan daun mangga yang dicampurkan dengan madu.
5. Mengatasi rasa gelisah - Kadangkala mungkin kita sering berasa gelisah dan bimbang tidak semena. Mungkin boleh amalkan dengan mandian yang dicampurkan dengan daun mangga untuk mengubati perasaan tersebut.
Apa  pun sebelum anda cuba nak mengamalkan apa yang tertera di atas, pastikan daun mangga tersebut tidak diracun atau anda tidak mempunyai sebarang alahan terhadap daun mangga. Bimbang ianya akan merisikokan diri anda kelak. Sekadar peringatan sesama insan. Kadangkala ada petua yang sesuai dengan diri kita dan ada pula yang tidak.

0 comment... add one now