5 Cara Kenali Pakaian Anda Beli Berkualiti Atau Tidak?


Pakaian memang keperluan semua orang. Tapi disebalik keperluan ada keinginan untuk beli baju yang cantik. Ada orang suka beli yang murah asalkan cantik. Ada orang suka beli baju yang mahal. Tapi apa yang penting sebenarnya adalah kualiti. Tapi macam mana nak tahu pakaian tu berkualiti? 
1. Lihat pada label
Pastikan anda periksa dulu label pada baju yang anda nak beli. Ada yang dilabel sutera tapi sebenarnya bukan 100% sutera alsi. 
2. Warna pada pakaian
Suka pakai handbag berwarna atau baju bercorak? Hati-hati jika ada warna putih sebelah bahagian bercorak, ada kemungkinan warna tersebut akan bergesel pada bahagian putih jadi hati hati. 
(Gambar: pinterest)
3. Jangan tertipu dengan perincian
Untuk elak nampak kecacatan pada jahitan atau kualiti pakaian, selalunya mereka akan cover dengan perincian yang sarat. Bila perincian sarat tentulah tak tahan lama kan sebab mudah tercabut. 
4. Lihat gabungan pada cetakan pakaian
Kalau nak tahu sesuatu pakaian yang ada cetakan penuh dibuat dengan bagus atau tidak, lihat pada bahagian luar dan dalam. Jika sama, maknanya ia dibuat dengan teliti dan bagus. 
5. Pastikan ia tak tercarik
Beli baju mestilah nak pakai lama kan? Tapi kalau dah masa kat rak lagi ada yang tercarik, nampaknya pakaian tersebut memang tak berkualiti lah

0 comment... add one now