4 Tempat Indah dan Keajaiban Yang Perlu Anda Lawati

Dunia ini penuh dengan keindahan dan keajaiban alam semula jadi yang perlu diterokai. Kalau anda merupakan pengembara yang sejati, kurang lengkap rasanya jika anda tidak menerokai tempat-tempat indah yang terdapat di seluruh pelusuk dunia.
Bagi yang suka mengembara dan mencari pengalaman baru, apa kata anda cuba melawat tempat-tempat yang bukan ‘mainstream’ ini dan pastinya akan menjanjikan kepuasan buat diri anda. Berikut saya senaraikan tempat-tempat yang indah untuk dilawati malah termasuk dalam senarai sebagai tempat keajaiban dunia yang perlu dilawati.

Imej dari Pinterest
1. Hotel Ais
Kalau anda ingin merasai pengalaman mendiami istana yang diperbuat daripada ais seperti dalam filem animasi Frozen, inilah tempat yang paling tepat untuk dikunjungi. Ice Hotel yang terdapat di Jukkasjarvi, Sweden ini merupakan hotel ais terbesar di dunia.

Imej dari cheapticketssg.wordpress.com
2. Puerto Princesa - Sungai Bawah Tanah Terbesar Di Dunia
Sungai ini mengalir dari Cabayugan, melalui gua-gua kapur yang menakjubkan, dan menuruni lereng Gunung Bloomfield sebelum hilang di bawah Gunung St. Paul. Sungai ini boleh diterokai pengembara dengan menggunakan perahu atau kanu. 

Imej dari sondoongcave.org
3. Hang Song Doon – Gua Terbesar Di Dunia
Hang Song Doong terletak di Quang Binh, Vietnam, yang berhampiran dengan sempadan di antara Vietnam dan Laos. Dengan ukuran panjang mencapai 5 kilometer, tinggi 200 meter, dan lebar 150 meter, gua ini boleh memuatkan sebuah menara pencakar langit 40 tingkat.  Gua ini memiliki kehebatan alam semula jadi yang sangat unik. Di dalamnya terdapat ekosistem tersendiri, sungai, air terjun, dan kolam-kolam jernih yang sangat menakjubkan sehingga boleh memukau mata. 

Imej dari technocraze.com
4.  Atacama- Gurun Terkering Di Dunia
Daripada laporan National Geograhic, Atacama yang terletak di sempadan Chile dan Bolivia merupakan gurun yang paling kering di dunia. Atacama merupakan tempat bagi lebih daripada 500 spesies flora yang memiliki kemampuan kalis suhu panas yang sangat tinggi. Curahan hujan yang tinggi dalam  waktu yang singkat mampu menghidupkan kembali tanaman gurun ini.

Kalau anda  pernah melawat tempat-tempat yang jarang dilawati contohnya seperti lokasi yang kami berikan di atas atau di tempat lain, apa kata anda muat naik gambar dan video di lokasi tersebut dan nyatakan kenapa tempat  tersebut sungguh istimewa kerana anda berpeluang memenangi percutian ekspedisi National Geographic untuk melawat destinasi non-mainstream di negara seperti Australia, India, New Zealand, Japan dan China yang ditaja oleh Malaysia Airlines dan Nat Geo. Jangan lupa sertakan sekali hashtag #MHNatGeoTravels.

Peraduan ini terbuka kepada mereka yang membeli tiket penerbangan daripada Malaysia Airlines dari 14 Oktober hingga 10 November dan diingatkan anda boleh memuat naik seberapa banyak gambar atau video yang anda ingini.  

Untuk maklumat lanjut  tentang peraduan ini, anda boleh layari laman web rasmi Malaysia Airlines ----> http://bit.ly/2e3IhoO

0 comment... add one now