4 Subjek Pengajian Di Universiti Yang Pelik Dan Aneh Di Dunia


Setiap universiti memiliki berbagai jenis pengajian atau jurusan yang ditawarkan kepada pelajar sesuai dengan minat dan bakat mereka. Pengajian atau jurusan yang dipilih akan menjadi penentu masa depan pelajar.
Contohnya seperti perubatan, perakaunan, pengurusan pejabat, pertanian dan macam-macam lagi. Ini adalah pengajian yang biasa kita dengar tapi adakah anda pernah tahu tentang kewujudan subjek pengajian seperti YouTube, Zombie malah Lady Gaga.



Universiti berikut mempunyai subjek pengajian atau jurusan yang paling aneh sekali di dunia dan mungkin yang pertama di dunia. Jom kita tengok.

1. Subjek Pengajian YouTube

Kepada mereka yang gemar menghasilkan video dan seterusnya memuatnaik ke YouTube, mungkin anda boleh memohon untuk mengahdiri kuliah di Pitzer College di California kerana universiti ini mempunyai subjek pengajian yang khusus kepada dunia media digital.

Menurut profesor universiti ini, Profesor Alexandra Juhasz menjelaskan bahawa setiap tugasan dan perbincangan untuk pengajian ini perlu dilakukan melalui medium YouTube. Secara tidak langsung, mahasiswa akan belajar banyak benda mengenai YouTube dan media sosial.

2. Subjek Pengajian Zombie

Columbia College di Chicago mempunyai pengajian yang memfokuskan kepada zombi seperti yang kita selalu lihat dalam filem. Untuk pengajia/jurusan ini, mahasiswa akan mempelajari tentang sejarah zombi di dalam filem, dan melihat bagaimana zombi berinteraksi sesama mereka dan sebab utama kenapa mereka menyerang manusia.

Haishh, macam-macam kan. Manalah wujud zombie tu di dunia realiti ini!

3. Subjek Pengajian Harry Potter

Peminat Harry Potter mesti tahu kan kuasa magis atau sihir di dalam filem tersebut. Tentu ada sahaja mereka yang memasang impian untuk mempelajari kuasa magis seperti di dalam filem Harry Potter. Kini, Frostburg State University di Maryland mempunyai pengajian yang dikhususkan untuk mempelajari kuasa-kuasa sihir seperti yang terdapat dalam filem Harry Potter.
Mahasiswa akan diajar dengan ilmu menganalisis kuasa magis dan mempraktikannya menggunakan ilmu pengetahuan dalam bidang fizik, biologi dan kimia. Malah, tenaga pengajar juga berketerampilan menyerupai watak di dalam filem Harry Potter seperti Dumbledore yang merupakan pengetua untuk sekolah Hogwarts.

4. Subjek Pengajian Lady Gaga

Ini mungkin subjek pengajian yang paling aneh sekali kerana seorang selebriti dijadikan sebagai subjek mata pelajaran.
Pengajian yang bertumpukan kepada selebriti Lady Gaga ini terdapat di University Of South Carolina dan pengajian ini diberi nama “Lady Gaga and The Sociology of Fame”.

Pengasas bagi jurusan ini, Profesor Michael Deflem adalah peminat tegar Lady Gaga dan dia sudah mengikuti 38 Konsert Lady Gaga serta mempunyai lebih 300 keping cd Lady Gaga.
Sumber dari TopUniversities

0 comment... add one now