10 Tips Mudah Cara Hilangkan Gula Getah Melekat Pada Pakaian


#1 Teknik Pembekuan

Masukkan pakaian anda ke dalam plastik kemudian bungkus kemas dan masukkan dalam peti. Selepas itu tarik gula getah yang beku dengan berhati – hati. Anda juga boleh tekapkan ais kat gula getah untuk gunakan teknik ini.

#2 Pendidihan

Celup pakaian kedalam air panas dan kemudian gunakan berus gigi untuk bersihkan kesan gula getah.

#3 Alkohol Pengosok

Ambil kain buruk atau span dan tuangkan sedikit alkohol penggosok.  Gosok gula getah  dengan span yang dituangkan dengan alkohol pencuci.

#4  Label Remover (Penghapus label)

Gunakan spray label remover, seperti spray Servisol Label Remover 130 yang boleh didapati di pasar raya, untuk spray kawasan tersebut. Biarkan selama seminit. Spray penghilang label atau perekat mengambil masa supaya berkesan. Gunakan berus dawai yang lembut, dan berus gula getah hingga keluar. Gula getah akan keluar tanpa perlukan tenaga yang banyak.

#5  Gosok Dengan Seterika

Letakkan pakaian atau fabrik diatas lapisan cardboard, gosok belakang kawasan yang terkena gula getah dengan panas yang sederhanaa gula getah akan berpindah ke cardboard dari pakaian atau fabric. Ulang sehingga gula getah tanggal sepenuhnya.

#6  Mentega Kacang (Peanut Butter)

Sapukan seluruh gula getah yang melekat pada pakaian atau fabrik dengan mentega kacang. Biarkan beberapa minit. Kikis chewing gum dengan pisau tumpul perlahan-lahan.

#7 Cuka

Panaskan cuka dalam microwave atau dapur masakan. Ambil berus gigi dan celupkan sedikit kedalam cuka yang dipanaskan tadi. Lakukan secepat mungkin kerana cuka yang masih panas lebih memudahkan kerja. Gosok temat yang terkena gula getah menggunakan berus gigi yang dicelup cuka tadi.

#8 Cecair Bahan Pencuci Pakaian

Sapukan cecair bahan pencuci pada tempat terkena gula getah. Biarkan beberapa minit. Kikis gula getah hingga keluar dengan pisau tumpul atau apa-apa sahaja yang anda fikirkan sesuai dan tidak merosakkan pakaian.

#9 Mayonis

Sapukan pada seluruh gula getah yang melekat pada pakaian atau fabrik dengan mayonis. Biarkan beberapa minit. Kikis chewing gum dengan pisau tumpul perlahan-lahan.

#10 Spray Rambut

Gunakan spray rambut kemudian semburkan tepat pada gula yang melekat pada pakaian atau fabrik. Anda akan dapati chewing gum mengeras. Tarik atau kikis gula getah yang mengeras tadi.

0 comment... add one now