Waktu Dan Kesalahan Yang Salah Semasa Menggosok Gigi



Menjaga kesihatan gigi dan mulut sememangnya penting dan seharusnya dilakukan oleh semua orang. Namun begitu ramai yang tidak tahu waktu yang tepat untuk menggosok gigi dan melakukan kesalahan semasa menggosok gigi.
Menurut sumber, Prof Melanie Sadono Djamil mengatakan waktu sesuai gosok gigi bukanlah selepas bangun tidur tetapi adalah selepas sarapan pagi dan pada waktu malam sebelum tidur.
Kebiasaan gosok gigi selepas makan juga kurang baik dan waktu yang terbaik adalah 15 – 20 minit selepas makan. Ini kerana ia memberi masa yang cukup untuk saliva membantu proses pencernaan. Alfa amilase dan enzim lainnya dilepaskan setelah makan, dan zat-zat kimia yang terkandung dalam pasta gigi atau ubat umur mencegah enzim-enzim bekerja untuk pembantu tahap awal pencernaan yang dilepaskan di dalam rongga mulut.
Menggosok gigi selepas makan memang baik untuk menghindari sisa makan terlekat dan sekaligus merosakkan gigi. Namun begitu, mulut perlu diberikan masa sebelum dibersihkan kerana menggosok gigi sejurus makan mampu merosakkan gigi kerana ia akan menyebabkan stuktur semulajadi saliva rosak  dan mempengaruhi fungsi pencernaan. Oleh sebab itu sebaiknya tunggu 15 – 20 minit sehingga pH saliva kembali normal. 

Sumber rumahsalam.com. Foto clipartkid.com

0 comment... add one now