Tutorial Cara Setting Page-level Ads Google Adsense di Blogspot

Hari ini aku rajin sikit nak citer pasal adsense sebabnya income dah berjaya cecah sampai $150+. Tapi, terpalit jugak kesedihan sebabnya adsense aku baru2 ni dah hampir seminggu lebih iklan tak muncul2 di dalam blog aku. Korang cuba bukak blog aku, lihat kat ruangan iklan adsense jadi 'blank'. Konfem lah tak dapat income sebab visitor xleh klik. Aku sabaq ja....dalam diam2 rasa terkilan...hmmm!!!

Masalah nya punca baru tukaq domain, xpa la biar tunggu bapa hari lagi selesai kut masalah tu. Lupakan masalah ni, aku ingin sampaikan tutorial cara pasang adsense Page-level ads di Blogspot. WordPress maybe nanti aku kongsikan.


Bagi blogger yang ada google adsense mesti tak sabar2 nak tahu apa yang aku ingin cita tentang page levels ads. Kalau korang perasan sebenarnya jenis iklan baru page-level ads ni dah beberapa bulan dah ada. Cuma hari ni aku godek2 nak share kat korang. Punca utama korang tak pasang kerana tak tahu nak parse kan code terlebih dahulu.

1. Pertama kali korang login masuk ke akaun anda.

2. Kemudian, klik pada bahagian 'My ads' kat bahagian atas dan lihat konten klik 'Page-level ads' (Beta) pada bahagian kiri.


3. Lepas tu, korang tekankan status kedua-dua gambaq telefon yang tertera anchor/overlay ads atau vignettes ads kepada status 'aktif'. Terpulang pada korang nak aktifkan salah satu atau pun kedua-duanya.


4. Seterusnya, klik pada bahagian 'Get Code' di bahagian bawah.

5. Kat code ni punca masalah para blogger tak tahu nak parsekan code terlebih dahulu. Maksudnya code tu kalau tak parse kan dahulu dan terus copy paste di template html memang tak jadi punya. Caranya pastekan code tersebut di bawah sini :

http://www.blogcrowds.com/resources/parse_html.php

Contoh sebelum diparse ;

<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<script>
  (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
    google_ad_client: "ca-pub-5863576383179499",
    enable_page_level_ads: true
  });
</script>

Selepas diparse ;


&lt;script async src=&quot;//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js&quot;&gt;&lt;/script&gt;
&lt;script&gt;
  (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
    google_ad_client: &quot;ca-pub-5863576383179499&quot;,
    enable_page_level_ads: true
  });
&lt;/script&gt;

Selepas dah parsekan code, korang pastekan code yang telah diparse ke template html di bawah <head>. Lepas tu dah boleh 'save'. Dah selesai! Mudah ja kan, yang masalah nya kat bahagian code yang tak diparsekan...hehee..!!!

Tapi perlu diingatkan page-level ads hanya untuk versi smartphone (mobile) pada google chrome dan tak berfungsi pada versi desktop.

Mudah-mudahan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda untuk hadapi masalah ini. Kalau ada pertanyaan, komen saja di bahagian ruangan atau email saya lokmanamirul095@gmail.com

Gambar : kredit ceritaejoy 

{ 9 comments.. read them below or add one }

Abam Kie Abam Kie September 03, 2016
abg pun ada la sikit pendapatan dari adsense ni tp blom boleh tebus..
Maman Reen Maman Reen September 03, 2016
Reen dikecewakan oleh Adsense.. Application di tolak. :(
lokman amirul lokman amirul September 04, 2016
Reen cuba mintak lagi...mgkin reen kena solve problem apa yg xkena.
lokman amirul lokman amirul September 04, 2016
Keep up abam...saya pun sama ja...tnggu punya tnggu alhamdulillah dah bleh cashout.
Maman Reen Maman Reen September 04, 2016
Reen tak faham sebenarnya apa yang google cuba sampaikan. Die suh letak code kat page, masalahnya reen nak letak xboleh.. Nk login dalam adsense xleh.. Nk letak melalui blogger setting pun xboleh.

Kalau yang dalam blog dashboard, masa dah pilih nak letak iklan kat belah mana.. Nak save xboleh. System xbg.. Ke sebab xdpt approval lg?
lokman amirul lokman amirul September 04, 2016
Agak sukar nak tahu masalah adsense reen...kalau senang chat kat whatapps saya..mungkin boleh bantu...guna tepon tenet slow..
Budubilis l OfficialBlog Budubilis l OfficialBlog September 04, 2016
saya dah try pasang dua kali kat blog saya, tak lepas. Dah malas nak fikir huhu
Maman Reen Maman Reen September 04, 2016
Reen cuba lagi sekali.. Kalau tetap tak boleh.. Reen minta no hp n tlg ajar ya. Heeeeeee :D
lokman amirul lokman amirul September 04, 2016
Kenapa tak diapproved...mesti kena solve kan problem.