Tips Keselamatan Balik Kampung Musim Beraya

Insya-Allah dalam minggu ni kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha, so warga kota dan warga tak berapa kota akan beransur pulang beramai-ramai ke kampung halaman masing-masing. Tak kiralah kampung laman tu memang di kampung atau di bandar, tapi kebanyakan masing-masing akan meninggalkan rumah.
Walaupun teruja balik beraya, namun jangan dilupakan aspek keselamatan yang mesti dijaga di musim apa sekalipun. Jangan disebabkan cuai tak ambil penting keselamatan rumah menyebabkan rumah dalam keadaan bahaya!
BALIK RAYA

Ini tips keselamatan balik kampung musim beraya :


1. Laporkan rumah kosong di balai polis

Setiap kali nak tinggalkan rumah, pastikan buat laporan rumah kosong di balai polis terdekat. Mereka ada sediakan buku rekod/borang untuk diisi. Anggota polis yang bertugas akan meronda dan menghantar laporan harian kepada anda. Pastikan memang tak ada orang dalam rumah atau datang ke rumahlah. Karang tak pasal2 pulak kena masuk lokap.

2. Hanya beritahu anggota keluarga

Tak payah kecoh satu dunia kita nak balik kampung bila, dari berapa haribulan ke berapa haribulan… terutama di media sosial. Ingat, media sosial BUKAN TEMPAT YANG SELAMAT. Kongsi yang patut-patut aje.

3. Jangan menampakkan rumah kita kosong

Semak-semakkan sikit selipar di depan pintu. Musim-musim orang cuti, ada lah mata-mata yang mula mencari peluang. Berwaspada semaksima mungkin.

4. Elakkan Check-In

Kalau nak check in untuk inform sanak saudara… customize-kan je status tu. Tak payah nak beritahu satu alam kita ada kat mana. Kita mungkin nampak macam fun, tapi….

5. Baca doa keluar rumah

DOA TINGGALKAN RUMAH
Berhati-hati dan jaga diri, semoga selamat perjalanan!
Image result for tips keselamatan balik raya

0 comment... add one now