Tips Agar Artikel Cepat Terindex Oleh Enjin Carian Google

~Assalamualaikum~

Pernah anda terfikir kenapa kadang-kadang entri yang dipublish lambat muncul di Google. Hal ini sebenarnya anda perlu menitikberatkan kalau mahu artikel blog cepat terindeks di Google. Untuk pengetahuan anda, sudah banyak diulas oleh blogger-blogger mahupun pakar SEO, tapi di sini saya tetap nak ulas kembali dengan pengalaman yang saya ketahui.


Sebenarnya, terindeks di enjin carian (search engine) adalah hal yang sangat penting bagi kemajuan atau perkembangan sesebuah blog. Hal ini kerana, tanpa di indeks blog/website anda akan kesunyian pengunjung walaupun anda menulis konten yang sangat baik dan berkualiti.

Meh di sini saya kongsikan tentang pengetahuan SEO agar konten di dalam blog anda terindeks oleh enjin carian seperti Google, Bing, Yahoo dan banyak lagi kerana hampir 70% pengunjung akan datang dari mesin pencari.

Berikut beberapa tips atau cara yang anda harus cuba agar artikel mudah terindeks di enjin carian Google;

1. Submit sitemap di enjin carian Google dan Bing 

Sitemap adalah sebuah senarai isi yang menerangkan apa yang ada pada blog anda berupa XML, sebuah bahasa yang hanya difahami oleh enjin carian. Inilah perkara yang paling blogger tidak ambil perhatian. Cuba anda recheck balik.

Untuk pengetahuan anda, sitemap di webmaster tool sangatlah penting kerana ia seperti kesihatan untuk sesebuah blog, di mana anda boleh dapat tahu apa entri anda yang telah rosak. Bagi pengguna blogspot paling mudah untuk anda submit sitemap di Google mahupun Bing.

Sila kan buka pada Google Webmaster Tools untuk submit sitemap anda di Google, dan untuk Bing/Yahoo pulak buka pada Bing Webmaster Tools. Dengan adanya ini memudahkan robot crawler 'crawling' atau 'spidering' artikel anda.


Seperti sitemap yang saya boleh kongsikan ;

●http://www.lokmanamirul.com/sitemap.xml

2. Kongsikan artikel anda di media sosial (Facebook, Twitter,...)

Salah satu cara yang anda boleh gunakan untuk artikel anda cepat di indeks oleh enjin carian. Sebagai contohnya, artikel baru yang anda baru publish, share kepada media sosial yang popular seperti Facebook, Twitter, Google+, LinkedIn dan banyak lagi. Sekaligus ia dapat meningkatkan juga trafik blog anda daripada media sosial tersebut.

3. Ping website anda 

Ping adalah cara yang sangat berguna untuk memperingati enjin carian pada pembaharuan konten yang anda baru publish. Sebagai contohnya, di Malaysia aggregator ping yang sangat popular adalah ping babab.net dan pingje.org. Dengan adanya aggregator ini, memudahkan anda untuk kongsikan artikel baru anda di laman tersebut.

Ada banyak lagi laman perkhidmatan ping talian yang disediakan. Sebagai contohnya ;

●Pingomatic.com    ●Googleping.com
●Totalping.com       ●Pingler.com

Itulah beberapa tips, teknik atau cara yang boleh saya kongsikan bersama-sama agar blog anda cepat terindeks di enjin carian sesuai dengan pengalaman saya. Jika ada kesilapan saya mohon maaf, kalau anda ada cara yang lebih lagi, boleh sharing di ruangan komen.

Selamat maju jaya!

0 comment... add one now