Tiket Konsert Big Bang [V.I.P] TOUR Kuala Lumpur Habis Dijual Dalam Masa 7 Jam Sahaja


Pelancaran jualan tiket konsert BIGBANG MADE [V.I.P] TOUR IN KUALA LUMPUR telah berlangsung di Tropicana City Mall pada 31 August 2016 yang lepas. Ramai yang beratur seawal jam 6 pagi lagi untuk mendapatkan tiket.

Tempat duduk berharga RM480(CAT 2), RM390 (CAT 3),RM 298 (CAT 4) dan RM198  (CAT 5) telah habis dijual dalam masa 7 jam sahaja melalui online.
Sementara itu, tempat duduk berharga RM780(Super VIP) hanya tinggal beberapa sahaja lagi dan tempat duduk berharga RM680 (VIP) (Rock Zone) dan RM580 (CAT 1) mendapat permintaan yang tinggi dan laris dijual.
No talian tiket: 03-92228811, Pembelian tiket melalui online: http://www.ticketcharge.com.my.
BIGBANG MADE [V.I.P] TOUR IN KUALA LUMPUR akan berlangsung  pada 7:30pm ini, 1 Oktober 2016 di Stadium Merdeka.

0 comment... add one now