Tanda, Rawatan Dan Pencegahan Jangkitan Virus Zika

Berikut adalah sedikit perkongsian maklumat mengenai Zika - asal usul dan punca Zika, tanda dan gejala jangkitan/demam Zika, kaedah jangkitan dan sebaran virus Zika, serta rawatan dan cara pencegahan Zika.


Apa Itu Zika

Zika (ZIKV) merupakan virus, yang dibawa oleh nyamuk Aedes (Aegypti) iaitu nyamuk yang menyebarkan Denggi dan Chikungunya.
Virus Zika pertama kali ditemui pada monyet di Hutan Ziika di Uganda pada tahun 1947. Kes-kes pertama jangkitan Zika pada manusia dikesan pada tahun 1952 di Uganda dan Tanzania.
Wabak Zika yang ada sekarang bermula di Brazil pada bulan Mei 2015 dan telah merebak ke banyak negara di Amerika Latin.
apa itu virus Zika


Simptom Utama Jangkitan/Demam Zika

Berikut adalah tanda-tanda dan gejala jangkitan virus Zika pada manusia:
  • Demam ringan
  • Sakit kepala
  • Ruam pada kulit
  • Sakit sendi / otot
  • Mata kemerahan (konjunktivitis)
Simptom di atas biasanya berlarutan sehingga 2-7 hari.


Bagaimana Virus Zika Berjangkit dan Merebak

Buat masa ini 3 kaedah jangkitan virus Zika kepada manusia telah dikenalpasti:
  • Jangkitan melalui gigitan nyamuk Aedes pembawa virus Zika.
  • Jangkitan melalui hubungan seks.
  • Jangkitan dari wanita hamil (yang dijangkiti Zika) kepada anak yang dikandung. Jangkitan virus Zika boleh merencatkan perkembangan otak janin dan menyebabkan bayi dilahirkan dengan kepala kecil. Keadaan ini dikenali sebagai microcephaly .
    microcephaly berpunca dari Zika


Rawatan Demam Zika

Seperti demam Denggi, sehingga kini belum ada vaksin atau ubat khusus yang boleh merawat demam Zika. Rawatan yang diberi hanyalah untuk mengurangkan gejala yang dialami oleh pesakit.
Pesakit dinasihatkan:
  • Menghadkan pergerakan dan berada di rumah sehingga tanda-tanda dan gejala telah tiada.
  • Minum banyak cecair seperti susu, jus buah-buahan, minuman isotonik dan air barli ( minum melebihi 5 gelas). Meminum air kosong sahaja tidak mencukupi.
  • Makan ubat demam seperti paracetamol mengikut nasihat doktor
  • Berehat secukupnya.
  • Sponge atau lap badan dengan kain basah bagi mengurangkan suhu badan.


Langkah Pencegahan Virus Zika

  • Hapuskan tempat pembiakan nyamuk
  • Menggunakan repellent untuk mengelakkan gigitan nyamuk
  • Sembur racun serangga aerosol untuk membunuh nyamuk
  • Pasang penghalau nyamuk seperti lingkaran nyamuk, kepingan pengewapan cecair dan sebagainya
  • Pakai seluar panjang dan baju lengan panjang yang berwarna terang
  • Elakkan berada di luar rumah pada awal pagi (5 pagi - 7 pagi)
    atau senja (5 petang - 7 malam) waktu nyamuk Aedes menggigit
  • Pasang jaring penghalang nyamuk pada tingkap rumah
  • Tidur dalam kelambu
  • Hapuskan tempat pembiakan nyamuk setiap minggu dengan mengosongkan, membersihkan dan menutup tempat takungan air.
bagaimana cegah Zika
Semoga fakta-fakta tentang virus dan jangkitan Zika di atas bermanfaat untuk semua pembaca.

Sumber dan rujukan: KPKZika di KPKAstroAwani, panduansihat

0 comment... add one now