Tahukah Harga Burger Paling Mahal Di Dunia Ini Sama Nilai Dengan Superbike Kawasaki Ninja 250

Kebiasaannya kalau kita pergi kedai burger kat kaki lima harganya bermula dari RM3.00 dan paling mahal pun dalam RM10.00 kan.  Itu pun dah cukup buat perut kita kenyang. Tapi korang percaya tak kalau ada burger yang mempunyai harga yang sama seperti superbike Kawasaki Ninja?
Burger yang mencecah puluhan ribu ringgit ini memang ada di Las Vegas. Harga burger ini bermula dengan 5000 US Dollar atau lebih kurang RM21000 dalam matawang Malaysia.
Burger yang diberi nama FleurBurger itu dijual di Restoran Fleur Hubert Keller, Las Vegas, Amerika Syarikat. Hubert Keller adalah salah seorang chef ternama di Amerika.
Nak tahu kenapa harga burger ni mahal? Burger ini dihasilkan dari daging Wagyu, foie gras (makanan khas Perancis), potongan truffle hitam, dan brioche truffle di atas roti burger. Tidak hairanlah jika harganya mencecah puluhan ribu ringgit dan sama dengan harga sebuah superbike Kawasaki Ninja 250 ABS.
Dari sumber Vegas.com, Las Vegas merupakan syurga yang dipenuhi restoran mewah dan chef terkenal dari seluruh penjuru dunia.
So korang buatlah keputusan sama ada berbaloi atau tak nak makan burger yang harganya hampir sama dengan sebuah superbike Kawasaki Ninja.
Sumber dari Elite Readers

0 comment... add one now