Tahukah Bunga Matahari Dapat Namanya Sebab Selalu Menghadap Matahari



Siapa yang ingat nama bunga matahari diambil daripada bentuknya yang seakan-akan matahari? Teeett! Salah.
Bunga matahari, atau nama saintifiknya Helianthus Anuus L. merupakan tanaman yang mempunyai bunga besar yang selalu menghadap ke arah cahaya matahari.
Tumbuhan ini mempunyai sifat Heliotropis, iaitu kecenderungan mengikut arah datangnya cahaya mahatari.
Bunga ini selalu mengikuti matahari kerana menyimpan Auxin. Hormon Auxin merupakan suatu hormon tanaman yang mengawal pertumbuhan.
Biasanya jumlah auxin lebih banyak pada bahagian yang jauh daripada sinar matahari. Ini menyebabkan batang bunga matahari selalu tumbuh ke arah sinar matahari.
Namun, bunga yang sudah mekar sempurna tidak akan lagi bersifat heliotropis. Meski demikian, bunga matahari selalu menghadap ke arah matahari terbit, iaitu timur.
Kalau tak percaya, cuba tengok pokok bunga matahari di laman rumah masing-masing. Hehe

0 comment... add one now