Sinopsis dan Tonton Drama Lara Aishah Adaptasi Telenovela Mexico


Drama Lara Aishah

Genre : Drama
Tarikh tayangan : 29 Ogos 2016
Hari tayangan : Isnin hingga Jumaat
Masa tayangan : 6 petang
Episod : 100
OST lagu : Dirgahayu

Senarai pelakon:

Nazim Othman sebagai Iskandar
Fasha Sandha sebagai Aishah
Jasmin Hamid sebagai Zurin
Eizlan Yusof sebagai Datuk Nazri



Sinopsis drama Lara Aishah

Mengisahkan dua wanita iaitu Aishah yang berjuang menyelamatkan pasar tempatan daripada dirobohkan dan bekas banduan bernama Zurin yang ingin mencari anak kandungnya. Zurin dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya dan semua itu dirancang ibu mentuanya.

Apabila dibebaskan dia dapat tahu anaknya diculik ketika kecil masih hidup dan nekad untuk membalas dendam. Sementara itu, Aishah dibesarkan Muiz dalam serba kekurangan. Dia bekerja di pasar dan terkenal dengan sikap keras hati. Apabila mengetahui pasar itu bakal diambil alih, Aishah bertekak dengan Datuk Alif, anak pemilik premis itu.

Pergaduhan mereka juga menemukan Aishah dengan Iskandar, waris keluarga mentua Zurin. Iskandar menipu Aishah dengan menyatakan dia hanya mekanik yang miskin. Perkenalan itu membuahkan bibit cinta di antara mereka. Dalam masa sama, keluarga Iskandar mahu menyatukan jejaka itu dengan Felisha dan sanggup melakukan apa saja untuk memusnahkan Aishah. Kehadiran bekas kekasih Aishah merumitkan lagi keadaan.

Anda boleh layari tonton lara aishah full episod untuk dapatkan lebih lanjut.

0 comment... add one now