Rupanya Santan Bukan Penyebab Kegemukkan. Nak Tahu Apa Kebaikan Santan Kelapa?


Kurangkan makanan bersantan tak elok, kolestrol tinggi, boleh gemuk nanti. Selalu dengar tak ayat ni? Makanan kat Malaysia ni tak boleh lari daripada menggunakan santan. Tak kisah lah nak masak lauk apa sekalipun. Betul tak?

Tapi sebenarnya santan kelapa bukan penyebab kepada kegemukkan. Nak tahu apa kebaikan santan kelapa?
1. Santan seperti juga minyak kelapa mengandungi asid lemak rantaian sederhana, bukannya rantai panjang asid lemak yang ditemui dalam lemak tepu yang terdapat dalam minyak masak yang lain.
2. Santan juga adalah sumber bahan api yang cepat menyerap yang sangat rendah pada indeks glisemik bila di campur dengan karborhidrat contohnya nasi lemak, yang optimum bagi mereka yang mempunyai penyakit kencing manis.
3. Santan mempunyai tahap asid laurik yang tinggi, asid lemak rantaian sederhana bahawa badan menukarkan kepada monolaurin, Bahan ini boleh membantu untuk menurunkan kolesterol LDL, yang secara langsung memberi manfaat kepada orang-orang dengan diabetes.
4. Santan juga diperlukan tulang untuk kuat dan sihat. Kalsium sahaja tak cukup untuk tulang. 
5. Santan juga kaya dengan zat besi. Penyebab anemia adalah kerana kekurangan zat besi.
6. Santan tidak membuat anda gemuk, namun sebaliknya santan kelapa dapat membantu dalam menurunkan berat badan. Santan mengandung serat makanan yang mana akan membuat perut anda mudah kenyang dan bertahan dalam perut dalam masa yang lama.
7. Santan kelapa juga boleh memerangi jangkitan infeksi selsema dan batuk. Vitamin C ini juga baik untuk kulit dan pembuluh darah. Vitamin C dan zat besi juga ada dalam santan kelapa.
Jadi, usah risau sekiranya anda suka makanan yang berasaskan santan kerana ia memang baik untuk kesihatan. 
Sumber : Malaysia Gazette 

0 comment... add one now