Review Pak Hasan Cafe Steamboat & Grill Kampong Tanah Liat

Assalamualaikum....pembaca blog lokmanamirul. Aku rasanya sebelum ni dah pernah review satu restoran western ni di Kulim iaitu d'madinah corner. So hari ni aku rajin nak review restoran steamboat yang baru aku makan kelmarin (1/9/2016) ngn member. Serius puassss!!!! Tak silap aku tak dak lagi review restoran steamboat ni.

Pak Hasan cafe steamboat & grill (waktu tempah)


Jarang-jarang korang dengar restoran steamboat harga di bawah RM20. Yang ni restoran Pak Hasan Cafe Steamboat & Grill yang harganya sangat berpatutan. Kalau tak silap sebelum 31/8/2016 ni harga bagi sorang (1 kepala) bagi dewasa hanya RM15. Kini naik sedikit sebanyak RM16.90. Bagi kanak2 7 ke atas hingga 12 tahun hanya RM8 sorang manakala kanak2 bawah 6 tahun FREE. Hehe...xbernaseb baik aku datang sebab baru ja naik.


Bagi yang berada di sekitar Kulim dan Bukit Mertajam korang sebenarnya patut kunjung restoran steamboat ni. Kat sini korang boleh ja dapati beberapa jenis makanan laut, bebola, mee, telur termasuklah rojak. Aku ngn member memang tak lepas peluang makan daging dan ayam yang digrill. Tak terkira berapa kali ulang alik amek daging. Serius memang sedap digrilll....rasa keenakannya dengan ramuan yang serba lengkap.


Sup steamboat yang disediakan sama ada sup ayam atau sup tomyam. Bagi aku better amek sup tomyam mungkin lebih sedapp.... macam biasa ada bebola ikan, isi ketam dan macam2 lagi nak sebut pun xtahu. Banyak sangat....kalau korang peminat teloq puyuh boleh cuba di sini. Minuman pun percuma turut disediakan dan jeruk.

Rating aku bagi 4.5/5.

Mudah ja kalau korang nak cuba pergi ke restoran steamboat ni bagi yang berada sekitar Kulim & Pineng...

Review :

Nama : Pak Hasan Cafe Steamboat & Grill
Lokasi : Kampung Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Masa : 5 petang hingga 12 malam
Hari : Sabtu saja tutup
Kemudahan : Tandas, Tempat parking
Tempahan : 017-4337283/016-4205223
Facebook : https://m.facebook.com/Pak-Hasan-Cafe-Steamboat-Grill-728808393930926/

0 comment... add one now