Resepi Ayam Goreng KFC Rangup Tanpa Telur, Jom Cuba!

Foto - dish.allrecipes.com
Jika salah seorang daripada keluarga anda mempunyai alahan telur, anda tidak perlulah bersedih. Ini ada satu resepi yang boleh anda sediakan, ayam goreng KFC rangup tanpa telur dengan bantuan resepi mudah ini.
Bahan yang diperlukan :
  • 1/2 kg ayam, cuci bersih dan dipotong sesuai selera
  • garam secukup rasa
  • lada secukupnya
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 cawan tepung serba guna
  • 3 sudu besar tepung beras
  • minyak untuk menggoreng ayam
Cara menyediakan ayam goreng KFC rangup tanpa telur :
  • Lumur potongan ayam dengan garam, bawang putih dan lada.
  • Simpan potongan ayam yang sudah dilumuri dalam peti ais sekitar 30 minit.
  • Campurkan tepung serba guna, tepung beras, garam dan lada sampai rata.
  • Keluarkan ayam dari peti ais kemudian masukkan potongan ayam ke dalam campuran tepung, digaul bersama. Kemudian ayam dicelup ke dalam air sejuk, setelah itu masukkan kembali ke dalam campuran tepung.
  • Goreng ayam dalam kuali deep fry dengan api kecil hingga matang dan coklat keemasan.
  • Angkat dan tapis untuk buang minyak.
  • Ayam goreng KFC tanpa telur siap disajikan selagi hangat.
resepi rahsia ayam goreng KFC tanpa telur

0 comment... add one now