Rasmi logo baharu Harimau Malaysia rekaan Muhammad Amzar Mohamed

Dah tahu sapa pemenang rekaan logo baharu Harimau Malaysia?

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini memperkenalkan secara rasmi logo baharu Harimau Malaysia rekaan Muhammad Amzar Mohamed sebelum sepak mula Perlawanan Amal Hari Malaysia 2016 antara pasukan Dugong All Stars lwn Pilihan Harimau Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.
Serentak dengan itu, lagu rasmi Harimau Malaysia berjudul “Launglah” turut diperdengarkan secara rasmi kepada umum.

Logo rekaan Amzar, 22, telah mendapat undian tertinggi dalam undian awam yang dibuat secara online selama 13 hari dari 22 Mac hingga 3 April 2016 di kalangan lima logo terbaik yang dipilih panel penilai profesional pada 8 Mac 2016 daripada 2,000 penyertaan diterima sepanjang peraduan mencipta logo Harimau Malaysia itu berlangsung dari 3 hingga 29 Februari 2016.

Sumber - sarawakcrocs 

0 comment... add one now