Phone dan Laptop Baru, Kena Cas 8 Jam Dulu Baru Boleh Guna. Betul Ke?

Screen-Shot-2016-09-15-at-10-45-28-AM.png

Perasan tak kalau kita beli gajet baru contohnya macam handphone ke laptop ke kita mesti kena cas dulu sampai 8 jam baru boleh guna. Ni fakta ke mitos ni?
Okay, jawapan paling senang adalah TAK
Tapi dulu YA. Kenapa dulu ya sekarang tak? Kerana ia bergantung kepada jenis bateri yang digunakan. Dulu bateri yang diguna pakai adalah bateri Nickel Cadmium. Sekarang ni nak cas handphone berapa lama pun tak kisah dah. Nak terus guna handphone baru beli pun takpe walaupun bateri tak penuh lagi. Tak ada masalah.
Sebabnya bateri Nickel Cadmium ada ‘memory effect’ yang boleh kekalkan kapasiti bergantung kepada berapa dah dicas dan diguna. Maknanya, gajet yang guna bateri ni dia ada amaran untuk cas penuh dulu baru boleh guna.
Sekarang, gajet guna bateri Li-lon atau Li-PO. Selain itu, kita dinasihatkan untuk cas batteri bila dah tinggal 40%. Jangan sampai kurang daripada 10% baru nak cas. Okay?

Sumber: Says 

0 comment... add one now