Petua Guna Cengkih Dan Limau Nipis Untuk Halang Gigitan Nyamuk

Screen-Shot-2016-09-05-at-2-17-53-PM.png


Baru-Baru ini Malaysia dikejutkan dengan kes pertama virus Zika oleh seorang wanita dari Klang setelah pulang dari Singapura dan pelbagai langkah pencegahan di keluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung dengan virus ini.

Jadi, sebagai panduan untuk orang ramai, berikut merupakan petua lama untuk menghalang dan menghalau nyamuk dari dekat dengan rumah korang semua.

Kalau petua lama, korang kena guna serai wangi, tanam pokok jeremin atau pun nak lagi senang, korang cucuk bunga cengkih pada limau nipis.

Tips ini dikongsi oleh Noraini Jamsit  dan sudah lebih 50 tahun keluarganya mengamalkan petua ini. Kediaman Noraini bebas dari nyamuk dan lalat sejak mengamalkan petua ini.

Selain itu, tips seterusnya daripada Rukiah Rahmat yang membakar sabut kelapa pada waktu senja.

“Pukul 6 petang saya sudah mula kumpul sabut kelapa dan bakar di bawah rumah. Asap daripada bara sabut kelapa yang dibakar boleh menghalau nyamuk,

Bau aroma yang kuat dari bahan-bahan semula jadi seperti serai wangi, pokok jeremin dan bunga cengkih adalah faktor penghalang kepada gigitan nyamuk.

Korang boleh amalkan petua ini untuk mencegah dan mnghalang dari gigitan nyamuk yang boleh membawa denggi dan virus terbaru iaitu Zika.

Sumber Utusan Online

0 comment... add one now