Petanda Haiwan Peliharaan Anda Perlu Ke Veterinar Jika Berkelakuan Seperti Ini


Sesiapa yang ada haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing pasti faham akan bahasa badan yang haiwan peliharaan anda lakukan. Tapi kadang-kadang ada juga yang tak difahami oleh kita. Tapi jangan risau, kalau antara kelakuan haiwan anda seperti di bawah ini segera bawa berjumpa veterinar. 
Jika haiwan kesayangan anda enggan untuk bermain permainan kegemaran mereka, sebaliknya memilih untuk menghabiskan lebih banyak masa berbaring di atas tikar mungkin ada sebab untuk anda berasa bimbang. Ttingkah laku itu boleh menunjukkan masalah jantung. Sikap acuh tak acuh juga boleh menjadi tanda-tanda penyakit lain juga seperti tanda serangan oleh kutu dan parasit lain.

Jika anjing atau kucing anda tiba-tiba tak mahu bermain atau mengasingkan diri atau mempamerkan perilaku yang luar biasa itu adalah tanda jelas bahawa haiwan kesayangan anda perlu diperiksa untuk kerosakan fizikal dan penyakit utama.

Jika haiwan kesayangan anda tak mahu makan ini petanda ia mengalami pelbagai penyakit
Jika haiwan kesayangan anda membuat postur badan seperti ini, ada risiko mereka ada batu karang atau mungkin berada dalam kesakitan yang teruk. 


Jika kucing anda terus merenung dinding atau menekan kepalanya terhadap permukaan keras ada kemungkinan bahawa sistem saraf haiwan kesayangan anda bermasalah
Sumber - Brightside 

1 comment... add one now

Maman Reen Maman Reen September 19, 2016
Macam kucing kat rumah Reen.. Kalau dah mula kurang selera makan.. Tak nak bermain.. Asyik baring atau tidur..

Sah memang ada something tak kena..