Minuman 3 In 1 Boleh Menyebabkan Penyakit Jantung? Baca Penjelasan Doktor Ni

Minuman 3 in 1 ni memang memudahkan. Korang tak perlu beli tin atau paket besar, cuma bawa beberapa paket minuman 3 in 1 ni , sediakan air panas dan bancuh. Senang je kan? Haa tapi sebenanrnya disebalik kemudahan tu, minuman 3 in 1 ni sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan. Bahkan, korang kena mula berhenti minum sebelum ia menganggu kesihatan korang dengan lebih serius. Nak tahu kenapa? Baca sendiri penjelasan doktor dekat bawah ni:
Screen-Shot-2016-09-20-at-2-58-17-PM.png

pembunuh-dalam-diam-2


Bahaya minuman 3-in-1 yang kita wajib tahu
Mengikut Pensyarah Program Diatetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia,bahaya minuman 3 dalam 1 kepada kita ialah:
Minuman 3 in 1 mengandungi lebih dari 3 sudu teh gula dalam setiap pek.
Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit di dalam minuman 3 in 1 tersebut.
Minuman 3 in 1 menggunakan krimer bukan tenusu, yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit, iaitu sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.
Minuman 3 in 1 turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi), dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
Setiap pek minuman 3 in 1 mengandungi sehingga 200 kalori.
Jumlah 200 kalori itu sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi.
Jika di ambil 3 paket minuman 3 in 1 sehari, ia bersamaan 600 kalori, sekaligus menyumbang kepada berat badan berlebihan.
Bagi minuman 3 in 1 yang dikatakan membantu meningkatkan tenaga, kandungan sepertitongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana ianya mahal dan sukar untuk diperolehi.
Wow, takut kan? 1 sachet minuman 3 in 1 = sepinggan nasi. Makan nasi lagi kenyang!
Sumber FB Dr Zubaidi Hj Ahmad, FB Public Health Malaysia

1 comment... add one now