Memang Wujud Gua Ais Ni Sebiji Macam Filem Frozen!


Kalau sesiapa yang sudah menonton filem Frozen pasti tahu bagaimana istana ais Puteri Elsa dalam filem tersebut. Tengok filem tu pun dah rasa betapa cantiknya istana ais kan? Tapi sebenarnya memang ada! Cuma ini bukan istana tetapi gua ais Ningwu di Gunung Lyuyashan di China. 

Paling best walaupun musim panas gua ais ni tetap kekal beku dan sejuk! Ia adalah gua ais terbesar pernah ditemui di China dan dipercayai terbentuk sejak tiga juta tahun lalu.
Menurut beberapa saintis ada beberapa faktor yang menjadikan gua tersebut kekal beku antaranya struktur dan kedudukannya seperti pin boling, digabungkan pula dengan pengaliran udara bermusim serta cara haba bertukar dengan dinding gua tersebut. 
Gua ini ada 5 tingkat dan setiap laluannya 20 meter lebar dan yang paling sempit 9.8 meter. Masih selamat buat mereka yang fobia keadaan sempit dan tertutup. 
(Gambar: telegraph.uk)
(Gambar:dealchecker)
Sumber: Hmetro

0 comment... add one now