Harga Minyak RON95, RON97 & Diesel Naik Bermula 1 Oktober 2016


HARGA runcit petrol bagi RON95 dan RON97 masing-masing naik sebanyak 0.10 sen seliter, manakala Diesel naik 0.05 sen sepanjang Oktober 2016.
Berkuat kuasa 1 Oktober 2016 (esok), harga petrol RON95 naik kepada RM1.80 seliter berbanding RM1.70 pada September. Bagi bahan api RON97, ia juga naik kepada RM2.15 seliter berbanding RM2.05.

Manakala diesel pula naik sebanyak 0.05 sen daripada RM1.70 kepada RM1.75 seliter.

HARGA RUNCIT MINYAK OKTOBER 2016

  • RON95 – RM1.80 seliter
  • RON97 – RM2.15 seliter
  • Diesel – RM1.75 seliter

0 comment... add one now