Guna 5 Cara Berkesan Ini Nak Hilangkan 'Blackhead' dan 'Whitehead' di Muka

Screen-Shot-2016-09-13-at-6-05-52-PM.png

Masalah blackhead dan whitehead ini berpunca dari kulit muka yang berminyak sekaligus menyebabkan masalah pada liang pori. Selain itu, kulit muka juga akan jadi berlubang-lubang dan membentuk bintik hitam! Jadi, cara pencegahannya senang sahaja. Korang guna 5 bahan semulajadi ini dan hasilnya memang berkesan.

1)Ais


Ambil kiub ais dan balut dengan kain dan letak di bahagian kulit yang bermasalah.  Lakukan selama 30 saat. Kalau tiada masa terluang, korang boleh cuci muka dengan air sejuk berais sekali sehari. Nak lagi berkesan, korang gantikan air ais dengan jus timun, jus epal atau teh hijau dengan syarat air tersebut harus disejukkan.

Kenapa ais? Fungsi ais adalah meningkatkan simulasi pengaliran darah yang membantu kulit untuk jadi lebih sihat.

2)Cuka Epal


Campurkan cuka dalam air. Ambil kapas, celupkan dan sapu pada kulit muka. Biar hingga kering dan kemudian bilas. Lagi berkesan sekiranya dilakukan pada waktu malam selepas mencuci muka

Cuka epal boleh menegangkan kulit muka.

3)Putih Telur


Ambil putih telur dan pukul dalam bekas kemudian sapu pada muka. Bilas sebaik sahaja jadi kering. Jangan lupa untuk letakkan tisu di atas muka selepas sapu putih telur tersebut. Tarik tisu tersebut selepas putih telur itu betul-betul kering di muka korang. Lakukan 2 kali seminggu okay

Putih telur sangat membantu untuk mengecilkan liang pori dan menghalang kulit muka berminyak.

4)Skrub gula


cara-caranya:

-dua sudu gula
-satu sudu minyak zaitun
-sedikit jus lemon
-Gaul kesemua bahan ini dan sapu pada muka.
-biarkan selama 30 minit
-bilas

Lakukan setiap hari. Kalau nak skrub gula korang wangi, boleh letak kayu manis .

Skrub gula juga membantu mengurangkan minyak di muka dan mengecilkan liang pori.

5) Soda bikarbonat


Jadikan soda bikarbonat sebagai pes . Ambil dua sudu soda bikarbonat dan letak dalam air. Sapau di wajah dan urut wajah untuk memastikan pes tersebut serap di kulit muka.

Soda bikarbonat berfungsi untuk membuang kotoran pada wajah dna merawat masalah jerawat di muka.

Sumber - siraplimau 

0 comment... add one now