Gambar dan Fakta Tentang Menara Warisan Merdeka KL118 Bakal Bangunan Tertinggi di Malaysia Tahun 2020

Kita dah tahu kan di mana bangunan tertinggi di Malaysia adalah Bangunan Berkembar Petronas idea dari Tun Dr. Mahathir. Sehingga kini ia kekal bangunan tertinggi ke-4 di dunia. Namun, bangunan yang bakal menjadi bangunan pencakar langit tertinggi di Malaysia yang dikenali sebagai Warisan Merdeka atau KL118. 
Lihat beberapa fakta mengenai KL118:
KL118, sebelumnya dikenali sebagai Warisan Merdeka, merupakan sebuah pencakar langit dengan jumlah 118 tingkat setinggi 644 m (2,113 ka), yang kini dalam proses pembinaan di Kuala Lumpur,Malaysia. Pembinaan tersebut menelan bajet sebanyak RM5 bilion. Apabila siap kelak dijangka pada tahun 2020, ia akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia, menggantikan Bangunan Berkembar Petronas yang mempunyai 88 tingkat dan terdiri daripada 400,000 meter persegi ruang kediaman, hotel dan komersial.
Ilustrasi pelan pembinaan bangunan KL118
Ia sedang dibina di dalam kawasan Plaza Rakyat, MBSKL, Stadium Merdeka dan Stadium NegaraProjek itu akan dibiayai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Kerja menanam cerucuk dan kerja pembinaan asas bagi projek itu, telah diberikan kepada Pintaras Geoteknik Sdn Bhd.
Tapak pembinaan KL118
Permodalan Nasional Bhd telah menyenarai pendek 6 kumpulan untuk pelbagai kerja pembinaan seperti UEM Group Bhd-Samsung, IJM Corp Bhd-Norwest Holdings Sdn Bhd- Shimizu Corp, Malaysian Resources Corp Bhd-China State Construction Engineering Corp, WCT Bhd-Arabtec Construction LLC, TSR Capital Bhd-Daewoo Group, and Seacera Group Bhd-Spaz Sdn Bhd-Sinohydro Corp-Shanghai Construction Group. Syarikat-syarikat ini mengemukakan tawaran kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan oleh 28 Januari 2014.

0 comment... add one now