'Charapita' cili termahal dunia kini dijual RM140,250 sekilogram

Aku kutip dari artikel Sinar Harian sebuah artikel mengenai cili termahal di dunia. Ini kisahnya... Petani Austria dari kampung Frauenkirchen kini mula menuai 'Charapita', cili paling mahal di dunia berharga dari AS$34,000 (RM140,250) sekilogram. Charapita adalah cili kecil berwarna kuning yang berasal dari kawasan utara Peru. 



"Jika dibandingkan dengan rempah ratus lain, ia adalah sangat sangat pedas. Tidak digalakkan merasa atau memakannya secara segar. Sebaliknya ia lebih enak selepas dikeringkan dan menjadi bahan utama masakan seperti sup ayam. Kanak-kanak juga boleh memakannya," kata petani, Priska Stekovicz.

Katanya cili ini sangat unik kerana memerlukan iklim yang sangat panas dan limpahan kasih sayang untuk tumbuh subur. Suami Pariska, Erich Stekovicz, berkata beliau mendapat tahu bahawa ia adalah ibu segala cili dan hanya tumbuh meliar di dalam hutan berhampiran dengan pokok-pokok. 

Seperti safron dan vanila, Charapita tergolong dalam kumpulan rempah yang paling mahal di dunia. Walaupun Charapita agak baru di pasaran Eropah, ia mula meraih populariti meluas kerana rasanya yang menarik dan luar biasa dalam kalangan chef terkemuka di seluruh restoran mewah. - Agensi

1 comment... add one now

zarul farhana zarul farhana September 25, 2016
tera cili kt malaysia ni pon pedas dh.. mcm mna rasa kepedasan cili tu