Char Kuey Tiow, Rendang, Mamak Kini Perkataan English Kamus Oxford

Percaya atau tidak, kini beberapa lagi perkataan dan istilah daripada bahasa Malaysia telah diterima dan dimasukkan ke dalam kamus bahasa Inggeris Oxford.


Memetik laporan portal The Independent, antara perkataan dan istilah Melayu yang diterima masuk dalam kemaskini terbaru Oxford ialah Bodoh,Rendang, MamakChar Kuey TiowAtasBalut.

1-mamak-rendang-bodoh-kini-perkataan-english-rotikaya
Gambar: vkeong.com

Antara perkataan lain yang turut dimasukkan ialahkopitiamaiyahaiyohang pow di mana ia menjadi pertuturan pelbagai kaum di Malaysia.

3-mamak-rendang-bodoh-kini-perkataan-english-rotikaya
Gambar: CNN Travel

Ini bukanlah perkara baru kerana sebelum ini, perkataan lain seperti lepakwah dan shiok terlebih dahulu telah dimasukkan ke dalam kamus Oxford.
INFO TAMBAHAN
* Antara istilah perkataan atau bahasa pasar Inggeris yang dimasukkan ialah Merica (America), fuhgeddaboudit (forget about it) dan squee (squeal)
* Kamus Oxford dikemas kini 4 kali setahun, iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember
* Oxford dikenali dan dipercayai ramai sebagai penyimpan rekod istilah dan perkataan bahasa Inggeris paling tepat

Sumber - vitdaily 

0 comment... add one now