Cegah Zika: Amal petua lama halau nyamuk

Cegah Zika: Amal petua lama halau nyamuk

BAHAN dapur boleh menjadi sumber alternatif yang mungkin boleh diamalkan untuk menghalau nyamuk ketika negara kini berdepan penularan penyakit bawaan nyamuk seperti denggi dan Zika.

Berdasarkan carian dalam internet, terdapat pelbagai bahan semula jadi digunakan untuk menghalau nyamuk terutamanya di kawasan kediaman, termasuk petua lama menggunakan serai wangi, menanam pokok jeremin (halau nyamuk) mahupun petua mudah dengan mencucuk bunga cengkih pada limau nipis.

Guna limau nipis dan cengkih

Berkongsi tips menghalau nyamuk, Noraini Jamsit, 53, berkata sudah lebih 50 tahun keluarganya mengamalkan petua menggunakan limau nipis dan bunga cengkih untuk menghalau nyamuk.

Katanya amalan turun temurun itu jelas berkesan kerana kediamannya bebas daripada nyamuk dan lalat sejak ia diamalkal.

0 comment... add one now