Cara Optimasi SEO On Page Menggunakan Seo Web Page Analyzer

Assalamualaikum dan salam sejahtera....kali ini aku nak cerita sedikit mengenai kepentingan SEO dalam dunia blogging. Sebenarnya, sebelum Aku nak cita pasal ni, aku telah research tentang ni beberapa hari ..untuk dalami ilmu ini. Bukan mudah untuk fahamkan ilmu SEO ni.

Pada sesebuah blog mahupun website, korang perlu pastikan optimasi SEO on page kerana ia salah satu hal yang harus diperhatikan supaya halaman2 website anda sama ada diterima atau tidak oleh mesin pencarian (robot crawler). 

Kenapa kita perlu optimasi seo on page ? Jawapannya adalah untuk mudahkan robot crawler search engine korang punya artikel di top page Google dengan adanya seo on page seperti kode html, meta title & description, analysis kata kunci, keyword density, sosial dan banyak lagi.


Untuk pengetahuan anda, aku telah guna satu tool web analyzer yang korang pun patut cuba gunakan iaitu www.seowebpageanalyzer.com. Mudah saja hanya letak URL blog korang dan tahu result seo on page blog anda. Alhamdulillah blog aku mendapat skor 85 maknanya sangat baik untuk optimasi seo on page.


Untuk bahagian general information, ia akan menilai dan memeriksa mengenai Doctype, Pageweight, Direction (301), Encoding, Google Pagerank dan Alexa Rank. Nampaknya pageweight blog aku agak berat, ia beri cadangan perkecilkan sebanyak boleh. Di samping itu, aku masih tak dapat lagi Google Pagerank. Maknanya kekuatan blog aku masih lemah di Google.


Untuk bahagian 2 iaitu meta title & description, di mana faktor2 tersebut akan digunakan oleh mesin pencari (robot crawler) melalui keyword yang ditaipkan oleh pengunjung untuk ditampilkan pada halaman search engine.


Bahagian ketiga adalah 'Heading structure of this image', di mana penilaian dilakukan berdasarkan heading tag yang digunakan pada halaman tersebut. Sebuah halaman yang baik adalah halaman yang terdapat di dalamnya minimum dan maksimum iaitu 1 buah heading tag H1 dan mempunyai tag H2 dan H3.


Untuk bahagian 'content analysis of this page' ia akan dianalisa meta keyword tag yang digunakan pada halaman itu.


Selanjutnya 'keyword analysis of this page, ia akan menilai jumlah keyword yang digunakan pada halaman tersebut.



Bahagian ke 6, 'hyperlinks on this page', di mana ia akan menganalisa jumlah link in dan out termasuk link error yang terdapat pada halaman tersebut.


Untuk bahagian 'sosial', di mana ia akan dihitung jumlah interaksi sosial pada halaman itu.

Inilah beberapa faktor on page yang diambil kira dan dinilai oleh seo web page analyzer yang dapat dijadikan panduan untuk tingkatkan dan optimasi seo page kita. Kalau tak silap aku, dapat jumlah 70 ke atas dah cukup bagus untuk seo page dalam blog anda. Sama2 kita tingkatkan pengetahuan tentang ilmu seo supaya kita tidak rugi dikemudian hari.

6 comments.. read them below or add one

Maman Reen Maman Reen September 07, 2016
Overall score Reen: 47 😒😒😒😒😒 banyak sungguh kena perbetulkan. Ini tidak adil! Hahahaaa Yup! Bukan senang nak faham dan mahir tentang SEO ni.

Thanks info tentang web ni. Nanti Reen akan buat satu entry dan backlink ke blog awak.

Info ni sangat berguna untuk bloggers yang nak improve SEO mereka.

Btw, Reen jeles score awak tinggi gila! Hihihihi
Maman Reen Maman Reen September 09, 2016
Awak.. lepas Reen edit, dapat 65.. Boleh tak tolong Reen macam mana nak dapat markah tinggi macam awak? Apa lagi yang Reen kena edit ya? Dan.. Macam mana nak dapat Alexa Rank?
lokman amirul lokman amirul September 09, 2016
reen...tnjuk punya rekod analysis tu...mgkin sedikit sebanyak lokman tahu apa kesalahannya.
Amy Hilmirda Daud Amy Hilmirda Daud September 09, 2016
Baru nak belajar pasal SEO ni.
Tak disedari ada banyak external link.
Maman Reen Maman Reen September 10, 2016
Hihihi bab ni akak kena tanya Lokman. Die lebih pakar.. Reen pun baru nak belajar.