Cara Mudah Buat Popcorn Dirumah Tanpa Guna “Popcorn Maker”

Popcorn menjadi  peneman setia untuk ramai orang disaat menonton filem. Rasanya yang rangup dan enak turut membuatkan “popcorn” menjadi hidangan minum petang selain dari menonton filem. Tapi tahukah anda betapa sukarnya proses penyediaan “popcorn” ini.
Anda semua jangan risau, sebuah video dari Farmhouse Delivery berikut ini memberikan cara simple buat anda praktikkan sendiri di rumah. Pertama anda perlu  menyediakan sebatang jagung  dan perlu dibersihkan terlebih dahulu.
Kedua sapukan mentega  di permukaan jagung tersebut dan kemudian masukan ke dalam paper bag. Masukkan paper bag tersebut ke dalam microwave dan panaskan selama 4 minit.  Voila, jagung  tadi berubah menjadi popcorn. Senang kan? Berikut ini adalah video tutorial yang mudah untuk difahami. Selamat mencuba!

0 comment... add one now