Cara lafaz niat dan kelebihan puasa hari Arafah


Makin dekat ja Hari Raya Aidildha yang bakal disambut umat Islam minggu hadapan. Tahukah esok 11 September 2016, di mana hari itu barakah bagi umat Islam berpuasa sunat hari Arafah yang jatuh setiap tahun 9 Zulhijjah. Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji di Baitullah.


Antara kelebihan dan fadhilat berpuasa sunat hari Arafah, adalah :

1. Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang

Dari Abu Qatadah r.a berkata, Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang puasa hari Arafah, kemudian Baginda menjawab :

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة

"Puasa itu (Puasa hari Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang."
(HR Muslim)

2. Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka 

Dari Aisyah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ;

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة

"Tidak ada hari yang lebih ramai Allah Taala membebaskan hambaNya daripada api neraka lebih daripada hari Arafah."
(HR Muslim)

Berikut adalah cara lafaz niat puasa hari Arafah :


Moga2 kita dapat kelebihan yang Allah berikan kepada umat Islam yang berpuasa hari Arafah pada 9 Zulhijjah.

0 comment... add one now