Baca Ini Kalau Nak Tahu Apa Beza Nombor SPF dan Fungsinya?

Mungkin dalam artikel ini terjurus kepada kaum hawa. Sebenarnya aku kongsikan pasal SPF ni sebabnya baru dengar ungkapan dari Heliza Helmi dalam satu program di politeknik aku. Dia kata 'yang mana satu SPF wanita patut pakai'?...so, hari ni tergerak hati nak tahu mengenai ini dan aku rasakan patut share kat korang. Mudah-mudahan kaum hawa baca yer....

Tahukah SPF??? SPF adalah singkatan “Sun Protection Factor”, ini merupakan sunblock yang mempunyai kemampuan untuk menahan sinar matahari (sinar UV) dengan tidak menyertakan berapa lama jangka waktu perlindungannya. Hal yang perlu digaris bawahi ialah SPF tidak membuat Anda terlindung dari UV A hanya melindungi Anda dari UV B. 
Namun begitu seperti yang kita selalu lihat terdapat pelbagai jenis nombor yang mewakili SPF, tahukah anda apa sebenarnya fungsi dan berbezaannya. Kalau anda nak tahu cara yang betul.

Baca kat bawah ni.
+SPF berfungsi melindungi kulit dari terbakar
+UVA ( Ultra Violet Aging ) : Kesan penuaan yang cepat dan kanser kulit
+UVB ( Ultra Violet Burn ) : Kesan kulit terbakar
+UPF ( Ultraviolet Protection Factor ) : Teknologi baru untuk pakaian yang mempunyai spf terutama baju kanak-kanak dan mereka yang bekerja di pantai dan lautan
+Kesan pendedahan sinar UVA,akan tumbuh jeragat
+Jam 11 pagi hingga 2 petang,sinaran UVA paling tinggi dan boleh tembusi ke kulit dalam dan menimbulkan pigmentasi
+ SPF 30 sudah memadai
+ Dalam ofis juga perlu pakai kerana sinaran cahaya dari lampu,screen komputer dan handphone dan sumber cahaya yang lain
+ Pemakaian SPF perlu kerap kerana tidak bertahan lama.
Contoh SPF 25 = Hanya bertahan lebih kurang 4 jam.Perlu sapu semula untuk mendapatkan perlindungan.
Sumber : FB Cik Puan Sarah. Foto : Chemistry For Life

0 comment... add one now