Apa beza refurbished by Apple atau third party?


REFURBISHED VS REPLACEMENT

Ini adalah antara soalan yang popular.
iphone-klon-q2
Jawapan:
Ia memerlukan seorang yang pakar untuk melihat komponen dalaman dan luaran.
Refurbished bermaksud iPhone tersebut pada asalnya mengalami kerosakan pada hardware dan diganti dengan komponen yang baharu bagi menghidupkan kembali iPhone tersebut.
Refurbished oleh Apple bermaksud mereka menggunakan komponen Original.
Manakala Refurbished oleh Third Party bermaksud ada yang menggunakan sepenuhnya komponen Original, ada juga pihak yang menggunakan komponen yang dibekalkan oleh pihak Third Party.
ipad-refurbished-set
Refurbished by Apple
iPhone Refurbished by Apple hanya dijual oleh pihak Apple dan mereka menjualnya diApple Refurb Section di Apple Retail Store.
Packaging juga berbeza, Ia dikenali sebagai White Boxset dan ada juga tertulis Apple Certified Refurbished pada kotak tersebut.
Segala komponen adalah Original dan disahkan oleh Apple termasuk warranty 1 tahun daripada pihak Apple.
iphone-refurbished-set
Refurbished oleh Third Party
Lazimnya set Refurbished oleh Third Party masih menggunakan kotak normal dan biasanya tiada Apple Warranty.
Set ini kebiasaanya daripada set Telco luar negara seperti US, UK atau Japan.
Ia adalah modus operandi standard untuk Third Party mendapatkan iPhone ini.
Hal ini kerana, Telco ada menyediakan phoneReplacement ataupun Upgrade Program.
Contohnya, pengguna plan Telco tersebut ingin upgrade iPhone 6 kepada 6S, jadi pengguna ini akan memulangkan iPhone 6 dan mengambil iPhone 6S daripada telco ini.
Ianya macam trade in iPhone 6 dan ambil iPhone 6S, jadi, ke mana perginya iPhone 6 tersebut?
Sudah tentulah Telco akan kumpul dan menjualnya kepada pihak Third party.
Pihak Third Party akan memperbaharui dan menjualnya sebagai set Refurbished kepada pasaran.
Di Malaysia, set Refurbishedsebegini sangat popular.
Namun ramai seller yang mengelirukan pembeli dengan mengatakan ianya set import baharu.
YA, ia memang set Import, tetapi ianya Import REFURBISHED, bukan baharu.
Di Malaysia, ada AAR (Apple Authorised Reseller) yang menjual set Refurbished, contohnya MachinesSwitch dan lain-lain.
Mereka juga ada menyediakan warranty, namun warranty tersebut bukanlah associated with Apple, tetapi ianya lebih kepada warranty AAR/AASPberkenaan.
Kredit : clickuz 

0 comment... add one now