Apa beza gelaran datuk dengan dato'?


Di Malaysia, terlalu banyak gelaran seperti Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Dato’ Seri, Datuk dan Dato’ diberikan kepada insan-insan tertentu yang banyak memberi jasa kepada negara sama ada dalam bidang politik, sukan, hiburan, akademik, ekonomi dan sebagainya. 

Kadang-kadang kita mudah terkeliru dengan penggunaan gelaran tersebut seperti penggunaan Dato’ dan Datuk. Di luar negara seperti di US, UK dan Australia tiada gelaran seumpama ini. Kalau ada pun Mr., Mrs. atau Miss dan juga Sir. Saya cuba menggunakan khidmat pak cik Google untuk mendapatkan kepastian mengenai gelaran tersebut. 

Saya mencari nama ‘Datuk Siti Nurhaliza’ dan ‘Dato’ Siti Nurhaliza’. Kedua-duanya gelaran tersebut digunakan secara meluas. Jadi jelas ramai orang yang terkeliru dengan penggunaan gelaran ini. Jadi untuk merungkai kekeliruan ini saya terjumpa satu artikel mengenai perbezaan gelaran Dato’ dan Datuk menurut Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tahukah apa beza gelaran datuk dan dato'?

Dato'

Dato’ ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja.
Contoh: Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Sheila Majid
Datuk
Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah.
Contoh : Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David 

2 comments.. read them below or add one

anajingga anajingga September 05, 2016
ooo begitu kisahnya..baru tahu hari ni :)