8 Fakta Menarik Tentang Ridzuan Puzi Pemenang Pingat Emas Acara 100m T36 Paralimpik 2016

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mencipta sejarah sebagai atlet negara pertama yang berjaya meraih pingat emas di temasya Paralimpik 2016.


Dalam acara acara 100m T36 (celebral palsy) yang berlangsung di Rio, Brazil Mohamad Ridzuan mencatat masa 12.07 saat mendahului Yang Yifei dari China (12.20s) dan Rodrigo Parreira da Silva dari negara tuan rumah (12.54s).

Sebelum ini, Mohamad Ridzuan telah mencatat kejayaan di beberapa temasya seperti Kejohanan Olahraga Dunia dan Sukan Para ASEAN dan pernah dinobatkan sebagai Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan.


Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Ridzuan Puzi Pemenang Pingat Emas Acara 100m T36 Paralimpik 2016:

1. Mohamad Ridzuan berusia 29 tahun dan dilahirkan di Perlis.

2. Beliau disahkan pihak doktor menghidap cerebral palsy sejak berusia setahun.

3. Menurut laman web Paralympic.org, Mohamad Ridzuan mula menceburi sukan ini untuk satu acara perlawanan antara sekolah di Perlis. Bakat beliau dicungkil pada 2004.

4. Mohamad Ridzuan membuat kemunculan pertama sebagai atlet profesional dalam Sukan Para ASEAN yang diadakan di Solo, Indonesia pada 2011.

5. Jurulatih olahraga para, R. Jeganathan bertindak sebagai jurulatihnya.

6. Sebagai persiapan untuk temasya Paralimpik di Rio, Mohamad Ridzuan diberi peluang untuk menerima latihan insentif selama dua minggu di Jerman dan berlatih bersama atlet sana.

7. Beliau  pernah menduduki ranking nombor satu dunia dalam acara 100m T36. Menurut laman web Stadium Astro, kedudukan beliau jatuh ke tangga keempat setelah dipintas oleh pelari China Yang Yi Fei

8. Mohamad Ridzuan memenangi Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan susulan kejayaan memenangi pingat emas pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Qatar bagi acara 100m (T36) dan Sukan Para ASEAN (APG) Singapura dalam acara 100m dan 200m (T36).

Sumber - Astroawani 

0 comment... add one now