5 Tools Percuma Terbaik Bagi Blogger

Tidak kira lah sama ada anda seorang blogger mahupun WordPress atau pun Typepad, tools atau aplikasi ini dapat membantu anda menghasilkan post yang berkualiti tinggi, menganalisa prestasi blog anda dan juga dapat menambahbaikan blog anda.

Berikut 5 tools percuma terbaik bagi setiap blogger:

1. Gmail, Google Calendar dan Drive



Akaun email adalah paling penting untuk setiap blogger. Gmail adalah klien email percuma yang dapat membantu menguruskan para blogger, WordPress dan juga yang lain.

Google Calendar membolehkan anda untuk menguruskan jadual harian anda dan mengingatkan anda tarikh-tarikh deadline dan mesyuarat yang penting.

Manakala Drive pula adalah tempat yang selamat untuk anda menyimpan karya-karya yang belum diterbitkan atau pun telah diterbitkan.

2. Google Webmaster Tools



Google Webmaster Tools pula membolehkan anda memantau kesihatan blog anda. Google Webmaster Tools menyediakan laporan mengenai status indeks blog, status backlink, serangan malware, crawl errors dan banyak lagi yang lain. Ia juga menyediakan alat untuk menghantar sitemap ke google.

3. Plagium 

Plagium adalah tool untuk menyemak sama ada artikel anda telah dicopy/paste. Sekiranya wujud salinan artikel anda di internet, pastikan anda bertindak untuk membuangnya. Jika tidak ia berdepan risiko duplicate kandungan.

4. Google Analytics 



Google Analytics membolehkan anda untuk memantau dan memahami trafik blog anda. Google Analytics membolehkan anda mengetahui dari mana trafik anda datang, berapa lama tempoh pembaca membaca blog anda dan entri mana yang paling banyak mereka kunjungi dalam blog anda.

5. Feedburner 



Feedburner adalah tool untuk menguruskan suapan (feed) blog anda. Rugilah kalau anda kehilangan para pembaca disebabkan anda tidak menguruskan suapan blog anda dengan baik. Dengan kata lain, mereka hanya berkunjung ke blog anda bila dijemput oleh email suapan.









0 comment... add one now