5 Personaliti Lelaki Pemalas Yang Tidak Layak Dijadikan Suami

lelaki-pemalas
Sepanjang pengalaman anda bercinta, pastinya pernah berjumpa dengan pelbagai jenis personaliti lelaki. Ada yang romantik, setia dan sebagainya. Namun yang paling penting, adalah mereka yang tidak layak dijadikan suami.
Adakalanya mereka yang buruk rupanya boleh dijadikan suami dan mereka yang kacak, tidak boleh dijadikan suami. Ketahui jenis personaliti lelaki berikut ini yang tidak layak dijadikan suami.

TIADA PENDAPATAN DAN BOROS

Lelaki yang tidak mempunyai pendapatan tidak layak untuk dijadikan suami. Mereka tidak mampu untuk menyara hidup anda. Kalau ada pun di antara mereka yang mempunyai pendapatan, mereka boros dengan hasil pendapatan mereka. Mereka tidak tahu membahagikan hasil pendapatan mereka.

SENTIASA BERGANTUNG PADA ORANG LAIN

Apa mungkin seorang lelaki yang bakal memberi nafkah kepada anda, hidup dengan masih bergantung pada orang tuanya? Itukah calon yang sesuai untuk dijadikan suami? Silap hari bulan, wang anda yang disapu habisnya nanti.

PEMALAS

Pemalas di sini difokuskan pada keadaan mereka menguruskan diri mereka sendiri. Lihat sahaja bagaimana mereka menguruskan katil tidur mereka sehingga tidak dapat membezakan pakaian kotor dan bersih. Mereka hanya anggap mengemas rumah hanya kerja wanita.

BERFIKIRAN NEGATIF DAN MEMBUAT ANDA RASA BURUK

Seorang lelaki loser sentiasa berfikiran negatif. Mereka menganggap apa yang mereka hendak lakukan semuanya tidak boleh. Wanita yang bercinta dengan lelaki ini pasti akan sentiasa diburuk-burukan.

SUKA MENGONGKONG

Ini merupakan lelaki paling bahaya dan patut wanita jauhi dan hindari. Lelaki jenis ini akan menghalang anda dari berinteraksi dengan dunia luar hingga menyebabkan anda rasa begitu tertekan.

0 comment... add one now