5 Perkara Virus Zika Yang Wajib Korang Tahu

Screen-Shot-2016-09-02-at-11-33-23-AM.png

Apa Itu Virus Zika?


Demam Zika berpunya dari gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus Zika (ZIKV) sebelum bakteria itu merebak kepada manusia. Virus ini akan menunjukkan simptom yang sama seperi demam denggi. Korang akan demam, Sakit otot , sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitis serta ruam. Virus ini merebak banyak di negara Brazil hingga kelahiran bayi yang mengalami sindrom mikrosefali atau lagi mudah faham iaitu otak kecil dan penyebab sebenar kejadian itu masih belum diketahui.

 Adakah Virus Zika Boleh dirawat?


Buat masa ini, tiada pengesahan dari KKM atau vaksin yang boleh mencegah dari virus Zika ini. Menurut WHO, bagi mereka yang terkena virus ini dinasihati untuk minum air dengan banyak dan makan ubat-ubatan secukupnya

Bagaimana virus ini merebak?


Virus ini disebar oleh nyamuk Aedes dan ia bergantung pada jenis sepsis. Aedes jenis aegypti paling banyak menyebarkan Zika. Aedes ini banyak terdapat di Florida, Gulf Coast dan Hawaii. Selain itu, species albopictus juga mampu menyebarkan Zika dan boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas. Namun, masih belum ada kajian kukuh mengenai spesies ini yang dikatakan mampu menyebar virus Zika.

Mangsa yang paling berisiko tinggi


Bayi dalam kandungan ibu mengandung paling berisiko tinggi. Sekiranya ibu dijangkiti Zika, anak dalam kandungan juga turut terkena virus tersebut. Zika tersebar menerusi jangkitan kuman pada janin dan paling bahaya, janin yang paling berisiko tinggi apabila janin itu berusia 3 bulan pertama kehamilan. Sindrom microcephaly akan menyebabkan kecacatan mental pada kanak-kanak dan menghalang kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.

Langkah-langkah pencegahan


Berikut merupakan langkah pencegahan yang dikeluarkan oleh KKM:

-Pakai baju lengan panjang, seluar panjang, guna repellent( untuk halang nyamuk gigit pada kulit yang terdedah)
- Elak kelaur atau lakukan aktiviti pada masa nyamuk Aedes menggigit. Ingat, nyamuk Aedes gigit mangsa pada waktu senja dan awal pagi.
- Sekiranya tubuh korang menunjukkan tanda-tanda terkena virus ini semasa berada di negara luar Malaysia, segera dapatkan rawatan di hospital dan klinik berdekatan.

sumber: astroawani

0 comment... add one now