5 Perkara anda perlu tahu tentang iPhone 7 dan iPhone 7 Plus

Apple Perkenal iPhone 7 & iPhone 7 Plus

APPLE hari ini memperkenalkan telefon pintar terbaharunya – iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.

Antara yang menarik ialah iPhone terbaharu ini menampilkan ciri-ciri utama termasuk cip pemproses A10 yang lebih efisien, fungsi kamera yang sofistikated dan butang 'home' yang peka tekanan.

Berikut ialah ciri-ciri yang anda perlu tahu tentang iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.

1. Reka bentuk

• Hadir dengan dua saiz iaitu 4.7 inci dan 5.5 inci, dengan lima kemasan warna termasuk dua versi warna hitam baharu iaitu kemasan kusam dan hitam berkilat

• Mempunyai reka bentuk yang hampir sama dengan 6s, keluaran terbaharu ini merupakan iPhone kalis air dan kalis percikan (juga kalis habuk) pertama pernah direka.

• Butang home terbaharu yang lebih canggih agar tahan lama, lebih responsif dan sensitif terhadap tekanan serta boleh diselaras mengikut kehendak pengguna.

Apple Perkenal iPhone 7 & iPhone 7 Plus

2. Kamera

• Penstabilan gambar optikal yang mengurangkan kabur akibat gegaran dan membolehkan kadar dedahan (exposure) sehingga tiga kali lebih baik berbanding 6s.

• Apertur f/1.8 yang membenarkan sehingga 50 peratus cahaya dikesan oleh sensor dan secara tidak langsung memberikan kelebihan ketika mengambil gambar di dalam suasana pencahayaan rendah.

• Quad-LED True Tone Flash – Empat lampu denyar LED pintar yang mengikut suhu warna dan 50 peratus untuk penghasilan gambar lebih jelas berbanding iPhone 6s.

• Fungsi kamera 12MP yang dapat merakam video beresolusi tinggi sehingga 4K di samping kamera hadapan 7MP.

Ciri-ciri lebih yang terdapat hanya pada iPhone 7 Plus adalah kamera bersudut lebar dan telefoto 12MP yang juga membenarkan zum sehingga 2x bagi optikal dan 10x bagi digital.

Apple Perkenal iPhone 7 & iPhone 7 Plus

3. Cip pemprosesan A10

• Antara cip paling berkuasa yang menawarkan kadar pemprosesan dua kali lebih pantas dan lebih efisien daripada iPhone 6.

• Mempunyai hayat bateri paling lama daripada mana-mana iPhone.

• Kapasiti ditingkatkan kepada 32GB, 128GB dan 256GB.


4. Audio

• Untuk pertama kalinya, iPhone didatangkan dengan pembesar suara stereo.

• Pilihan Earpods bersama palam Lightning port atau fungsi wayarles Airpods yang boleh digunakan selama lima jam untuk satu kali pengecasan.


5. Perisian
• Menggunakan perisian iOS 10 yang terbaharu daripada Apple.

0 comment... add one now