10 Bandar paling bahaya di dunia yang anda kena tahu

PEMBANGUNAN teknologi pada masa kini mempengaruhi banyak pihak untuk meninggalkan kawasan luar bandar dan memilih penempatan di bandar bagi jaminan hidup dan pekerjaan yang lebih baik.
Namun begitu, beberapa kawasan bandar metropolitan di dunia turut menjadi sebahagian daripada lokasi paling berbahaya di dunia disebabkan oleh populasi penduduk yang besar sehingga mengakibatkan bilangan penguat kuasa menjadi terhad.
Oleh sebab demikian, terdapat banyak bandar popular di dunia dikenal pasti sebagai lokasi paling berbahaya disebabkan oleh kadar peningkatan jenayah yang tinggi.
Berikut merupakan senarai bandar-bandar paling bahaya di dunia seperti disenaraikan oleh cheatsheet.com:
1) San Pedro Sula, Honduras
San Pedro Sula terletak di bahagian utara Honduran dan merupakan bandar yang paling ganas serta berbahaya di dunia. Bandar yang dikenali sebagai ‘pembunuh ibu kota dunia’ ini telah menjadi bandar paling ganas dipercayai berpunca daripada aktiviti perdagangan dadah serta kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang berjuang demi kuasa. Selain itu, gejala rasuah turut memainkan peranan utama dalam negara ini. Ramai penduduk telah melarikan diri dari bandar ini berikutan daripada faktor kemiskinan yang membelenggu masyarakat setempat.
2) Rio de Janeiro, Brazil
Walaupun Brazil gah dengan penganjuran sukan Olimpik Rio 2016, namun bandar ini sebenarnya merupakan antara lokasi yang bermasalah. Rio dipengaruhi oleh keganasan malah turut mengundang bahaya kepada para pelancong. Untuk kekal selamat di sini, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengambil sebarang ubat-ubatan atau dadah yang dijual serta sentiasa elakkan untuk berada di bawah pengaruh dadah. Selain itu, orang ramai turut dinasihatkan untuk tidak mempamerkan alatan mereka seperti telefon pintar dan tablet.
3) Cape Town, South Africa
Cape Town merupakan kota kedua terpadat di Afrika Selatan. Selain daripada serangan jerung, kegiatan jenayah juga merupakan antara masalah terbesar di Cape Town. Pergaduhan dan pertempuran sesama kumpulan merupakan penyebab utama Cape Town menjadi bandar paling merbahaya di Afrika. Namun begitu, walaupun Cape Town mempunyai beberapa bahagian yang menakutkan, lokasi pelancongan di sini kebiasaannya terhindar daripada sebarang jenayah.
4) San Salvador, El Salvador
EL Salvador terkenal dengan jolokan merbahaya berikutan mempunyai beberapa kumpulan ganas dan ditakuti seluruh dunia seperti MS-13. Disebabkan oleh masalah kumpulan pengganas ini, ramai pihak telah melarikan diri ke utara untuk mencari perlindungan di samping menggelakkan diri daripada masalah kemiskinan di negara berkenaan.
5) Kabul, Afghanistan
Kabul , Afghanistan merupakan antara lokasi yang bukannya menjadi tumpuan pelancong di seluruh dunia. Bandar dan negara ini turut dikaitkan dengan serangan 11 September sehingga menyebabkan kuasa-kuasa seperti Taliban dan Amerika Syarikat telah menduduki kawasan luar bandar tersebut. Selain itu, dengan kewujudan ISIS, ia telah menimbulkan lagi ketegangan di Iran dan Afghanistan.
6) Baghdad, Iraq
Baghdad adalah ibu negara Iraq dan mempunyai populasi dianggarkan seramai 7,000,000 orang. Selain itu, ia merupakan bandar raya terbesar di Iraq. Seperti Kabul , Baghdad masih di ambang perang, dan ia dianggap tidak selamat untuk pelancong.
7) Caracas, Venezuela
Caracas merupakan bandar yang mempunyai banyak kumpulan terlibat dengan aktiviti keganasan. Difahamkan, seramai 24,000 orang telah dibunuh di Venezuela pada tahun 2014. Bandar ini adalah di bawah aktiviti harian kartel dadah dan samun bersenjata. Rakyat dan pengunjung perlu sentiasa berwaspada tidak kira yang kawasan yang mereka lawati. Jika anda mahu untuk melawat Caracas, pastikan anda tidak pergi ke bandar seorang diri.
8) Acapulco, Mexico
Suatu masa dahulu, Acapulco adalah merupakan lokasi tarikan pelancong yang mempunyai pemandangan pantai serta air laut yang cantik. Namun begitu, bandar berkenaan kini tidak lagi seperti dahulu apabila sering kali dilanda keganasan dan membahayakan pelancong yang datang. Tentera Mexico terpaksa dipanggil bagi membantu menenangkan keadaan sekiranya berlaku keadaan tidak diingini.
9) Guatemala City, Guatemala
Guatemala turut mempunyai banyak masalah seperti jirannya, El Salvador dan Honduras. Masalah kumpulan pengganas, pengedaran dadah dan kemiskinan merupakan punca mengapa banyak pihak melarikan diri daripada bandar ini. Walaupun ia merupakan bandar yang indah dan mempunyai sejarah tersendiri, namun jenayah dan keganasan yang sering kali berlaku di sana menyebabkan pelancong tidak berani untuk berkunjung ke sana.
10) St. Louis, USA
St. Louis adalah bandar yang paling merbahaya di Amerika. Walaupun St. Louis jauh lebih selamat daripada bandar-bandar di Amerika Tengah , ia masih berdepan dengan isu-isu yang serius. St. Louis telah berdepan dengan isu keganasan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebagai contoh, rusuhan di Ferguson merupakan antara keganasan yang berlaku di sana.

Sumber - cheatsheet.com

1 comment... add one now

Maman Reen Maman Reen September 15, 2016
Nice info.. Mana tau akan datang ada rezeki untuk ke luar negara.. Boleh guna info seperti ni untuk rujukan.