Wanita Ini Hasilkan Lukisan "Stunning" Melalui Kucupan Bibir Sahaja

Alexis Fraser, merupakan seorang pelukis wanita yang memiliki cara dan kaedah  yang sangat unik untuk menghasilkan sebuah lukisan. Kaedah yang digunakan oleh wanita ini ialah melukis melalui kucupan bibir.
Untuk melukis, dia hanya memerlukan lipstik. Cara pertama dia perlu melakar lukisan yang diinginya di atas kanvas, kemudian dia perlu mencalitkan lipstik di bibirnya dan langkah terakhir  mencium di atas kanvas sehingga terhasilnya “masterpiece”.

Alexis memerlukan masa yang lama malah sehingga berminggu-minggu untuk menghasilkan sebuah lukisan daripada kucupan bibirnya.  Pada tahun 2014, Alexis menghasilkan lukisan Marilyn Monroe yang mengambil masa selama 4 hari dan dua batang lipstick digunakan untuk menghasilkan potret Marilyn Monroe.
Jom kita tengok hasil kerja Alexis Fraser yang sangat mengagumkan dalam video kat bawah ni!

Sumber dari Drama Fever

0 comment... add one now