Video: Aksi Memalukan Pasukan Terjun Filipina dapat markah kosong


SELAIN olahraga, tenis, gimnastik dan badminton, antara sukan yang juga mendapat jumlah tontonan paling banyak dalam Sukan Olimpik Rio ialah sukan terjun papan anjal.

Pasukan Malaysia juga merupakan di antara pesaing terhebat dan terkuat dalam sejarah Olimpik.
Namun, pasukan terjun Filipina yang paling banyak menjadi bualan ramai apabila terjunan mereka disifatkan seperti pemain ‘amatur’ yang tidak pernah menjalani latihan.
Menerusi video yang dikongsikan ini dapat dilihat kepincangan terjunan atlit Filipina yang bersepah dan tidak kemas sehinggakan kedua-dua mereka mendapat kosong markah daripada juri yang mengadili.


Untuk mendapatkan markah yang tinggi, terjunan peserta perlulah menghasilkan kocak air yang sedikit dan gaya terjunan yang kemas mengikut tahap kesukaran terjunan. – MYNEWSHUB.CC

1 comment... add one now

Tanpa NamaTanpa Nama Ogos 09, 2016
membazir duit je hntr atlet ni. kalau iapun nk timba pengalaman join dulu peringkat sukan sea/