Toyota Sienta 2016 Sah Lancar 18 Ogos Ini, Bersediakah Malaysia Terima MPV Subkompak?

toyota-sienta-2016
PADA awal Jun lalu, UMW Toyota Motor mengumumkan pembukaan tempahanToyota Sienta untuk pasaran tempatan berserta model lebih premium, Alphard dan Vellfire. Selepas pelancaran Alphard dan Vellfire, pelancaran Toyota Sienta bakal menyusul pada 18 Ogos ini. Ya, tidak lama saja lagi.
Posisi MPV tujuh kerusi itu berada antaraAvanza dan Innova. Pasaran tempatan akan menerima dua pilihan varian Toyota Sientaiaitu 1.5G (RM92,900) dan 1.5V (RM99,000). Harga jualan adalah termasuk insurans, dan di Semenanjung Malaysia.
Difahamkan, Toyota Sienta menggunakan enjin 1.5L daripada siri NR dengan teknologi Dual VVT-i (DVVT-i), iaitu unit enjin sama yang menggerakkan Avanza. Kuasa dihasilkan ialah 107PS dan tork 104Nm. Proses hantaran kuasa ke roda depan diserahkan kepada transmisi pembolehubah berterusan (CVT).
Antara senarai fitur yang melengkapi Sienta ialah lampu depan projektor halogen automatik, lampu siang LED, lampu belakang LED, lampu kabus belakang, rim 15 inci, penyaman udara penumpang belakang, kerusi kemasan fabrik dan sambungan USB, Auksiliari (AUX) dan Bluetooth.
Varian premium, 1.5V pula menerima lampu depan projektor LED automatik, pintu gelungsur elektrik untuk penumpang belakang, rim 16 inci, perakam video digital, sistem infotainment dengan skrin sentuh 6.8 inci, sambungan  AUX, USB dan Bluetooth serta stereng dengan butang kawalan audio.
Sumber - pandulaju 

GALERI

0 comment... add one now