Tips Legakan Batuk Dan Selsema Cara Tradisional Untuk Anak-Anak. Boleh Cuba Dekat Rumah!


Ada yang pernah cuba cara macam ni tak? Kaedah tradisional ini senang sahaja, korang cuma sapu minyak bawang putih di badan anak untuk menghilangkan dan melegakan batuk dan selsema. Tak percaya boleh cuba buat, ramai kata menjadi. Cara-cara nak buat? Jom lihat perkongsian daripada Ria Suria Sallehin dekat bawah ni: 

#justforsharing
Lebih kurang 4 hari lepas tergerak jugak hati nak buat ?minyak bawang putih? ni memandangkan batuk anak-anak makin kuat. Nak nak si kakak Ayra. Selang seli ubat & madu, makin banyak pulak bunyi kahak.
Bukan tak pernah ada orang share pasal khasiat minyak nih tapi biasalah sikap tangguh-tangguh bermaharajela. So risaukan kakak dan adik yang malam-malam je batuk kuat sampai muntah-muntah, ibu pun terus buat minyak nih.
Rupanya sangat berkesan!!!!
Malam pertama sapu dekat dada, belakang badan, pangkal hidung, betis dan tapak kaki, malam tuh jugak dedua tidur lena!! Ajaib tak ajaib. Sambil sapu tuh jangan lupa selawat berterusan!! Siang lepas mandi pun sapu jugak. Ni dah 3 malam buat alhamdulillah batuk adik memang hilang. Kahak kakak pun dah tak dengar dah. Kenapalah tak cuba dari awal. CUBA DULU!
Bahan-bahan pun sangatlah senang je
1. baby oil
2. bawang puteh
3. kerajinan ibu masing-masing
Bakar bawang putih dengan kulitnya sekali
Kopek kulit, ketuk sikit biar pecah dan campur dengan baby oil. Kalau botol baby oil tuh kecik, sumbat je bawang tu terus dalam botol. Macam hakak baby oil botol besar, so asing 3 suku masukkan dalam botol lain.
Ini lah hasilnya. Goncang-goncang sikit & terus sapu kat anak. InshaaAllah sangat membantu kurangkan batuk & selsema.
Ikhlas,
-ibu yang lega

Sumber Ria Suria Sallehin

0 comment... add one now