Tips Gempak Pilih Tembikai Merah Dan Manis, Ini Caranya Patut Anda Tahu!

Walaupun buah tembikai tidak asing lagi dengan kita, namun begitu masih ramai yang tertipu ketika membeli dan akhirnya kecewa saat memakannya. Buah tembikai seringkali dibayangkan memiliki jus yang banyak, manis dan semestinya menyegarkan.

Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu bagaimana cara - cara untuk memilih buah tembikai berkualiti tip top. Kini anda tidak perlu lagi risau kerana kami nak kongsikan beberapa tips semasa membeli buah tembikai!



1. Kenali Jantina

Ramai yang tidak tahu sebenarnya tembikai mempunyai jantina. Contohnya tembikai jantan ukurannya lebih besar, bentuknya lonjong dan mengandungi banyak air. Manakala tembikai betika berbentuk bulat dan rasanya lebih manis. 



2. Titik atau area kuning adalah tempat dimana tembikai terletak di atas tanah. Tembikai yang matang sempurna akan berwarna kuning krim dan kadangkala oren. Jika kawasan tersebut berwarna putih, itu bermaksud tembikai masih belum matang sempurna.


3. Perhatikan Bentuk Jaring Labah - Labah
Guratan pada kulit tembikai yang kelihatan seperti jaring labah - labah adalah disebabkan lebah yang menyentuh serbuk debunga berulang kali ketika tembikai masih dalam bentuk bunga. Makin banyak jaringan bermaksud makin manis tembikai.



4. Perhatikan Ukurannya
Pilihan terbaik dalam memilih tembikai adalah tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Dan untuk mengetahuan anda, tembikai yang matang akan lebih berat dari ukurannya.


5. Perhatikan Tangkainya.
Tangkai yang kering bermakna tembikai telah matang sempurna dan jika ianya masih hijau, kemungkinan besar tembikai dipetik terlalu awal dan belum matang.

Sumber Tipsiana.

0 comment... add one now