Tidak Tahu Sama Ada Memilih Uber Atau Grab? Google Maps Sediakan Jawapan Terbaik



Adakah anda merupakan seseorang yang kerap menggunakan perkhidmatan Uber atau Grab? Jika ya, mungkin ini fungsi yang dinanti-nantikan oleh anda. Fungsi terbaru daripada Google Maps ini bukan sahaja bakal menjimatkan masa anda malah membolehkan anda membandingkan harga buat kedua-dua servis ini secara serentak.

Fungsi terbaru ini juga tidak tertakluk di Malaysia malah Google mula menjalankan fungsi terbaru mereka sekitar Asia Tenggara. Dalam erti kata lain, jika anda ke Indonesia, fungsi perbandingan harga turut disediakan membolehkan anda membandingkan harga menaiki Uber atau GO-JEK.
gojek_gm1
Sebuah lagi tips untuk menjimatkan perjalanan anda adalah dengan menggunakan kupon diskaun yang diterima menerusi promosi daripada syarikat-syarikat ini. Tawaran penjimatan turut disediakan membolehkan anda berjimat sehingga 50%
Fungsi terbaru daripada Google Maps ini boleh didapati di Android dan iOS melalui update terbaru.

0 comment... add one now