Teknik berkesan! Cara menghalau dan memerangkap lipas yang bersarang di dalam kereta

TEKNIK BERKESAN! CARA MENGHALAU DAN MEMERANGKAP LIPAS YANG BERSARANG DI DALAM KERETA



Kajian menunjukkan lipas merupakan serangga yang paling dibenci ramai di dunia. Baik lelaki mahupun wanita, rata-ratanya tidak ramai yang selesa apabila terserempak dengan serangga ini.

Kebolehan lipas untuk hidup di mana-mana permukaan di bumi menyebabkan ianya dikenali sebagai serangga yang paling tinggi daya ketahanan hidupnya.

Baik di hutan, di pejabat, di rumah kediaman mahupun di dalam kenderaan anda, kehadirian serangga ini pastinya amat tidak dialu-alukan.

Di sini, kami ingin berkongsi tentang cara-cara yang efektif bagi memerangkap

lipas yang bersarang di dalam kenderaan anda.

Antara cara-caranya…

1. Gunakan kapur semut/lipas

Beli kapur untuk halau semut dan lipas, tabur sedikit dalam kereta.
Semut atau lipas yang menyentuh serbuk kapur akan kehilangan fungsi saraf dalam masa 4 jam, tubuh serangga tidak akan dapat digerakkan dan akan mati setelah 10 jam.

2. Gunakan racun semburan pelbagai guna yang ada kat pasaran

Sebaiknya carilah racun yang jenis mesra alam dan tak berbau busuk.

3. Gunakan daun pandan (paling efektif dan mesra alam)

Letak daun pandan yang dicincang tak berapa halus atau daun pandan (ikat lebih kurang je).
Cara ni lipas tak mati cuma lari keluar dari kereta.
Daun pandan juga boleh bagi hilang bau durian, air ikan dari pasar atau bau pelik-pelik dalam kereta.

4. Gunakan perangkap samada buat sendiri atau beli yang dijual di pasaran

Sekarang ini banyak perangkap lipas/serangga moden yang dijual di pasaran. Anda boleh mencubanya atau membuat sendiri perangkap berkenaan.

0 comment... add one now